Artikel - Sesungguhnya Anjing Kurap Itu Tidak Berdosa ...
Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum....
Adakah teman lebih hina daripada anjing kurap? Selamat membaca kisah di bawah...
Teringat kisah seorang Ulama Sufi. Dia amat terkenal dengan sifat tidak pernah marah. Lalu ada seorang kaya di negeri itu ingin mengujinya. Dia menjemput Ulama sufi itu ke majlis di rumah orang kaya itu. Ulama sufi itu pun lalu memenuhi undangan orang kaya tersebut. Sebaik sahaja orang kaya itu melihat Ulama sufi tiba dan duduk di dalam majlis itu, orang kaya itu lantas memarahinya, memakinya dan memalukannya di tengah-tengah majlis itu di hadapan para jemputan. Setelah puas memalukannya orang kaya itu pun menghalaunya keluar dari majlis. Berlalulah Ulama Sufi itu keluar dari majlis tanpa marah walaupun sedikit. Setelah beberapa ketika dia berlalu pergi, dia pun dikejar org suruhan orang kaya itu, dgn pesanan Tuannya yang kaya itu meminta maaf di atas kelakuan kurang ajarnya tadi dan dia dirayu supaya kembali ke majlis dan tidak berkecil hati.
Ulama sufi itu pun kembali semula ke majlis itu. Apabila dia tiba semula di majlis itu dia pun duduk seperti biasa di tgh para jemputan. Maka setelah dia duduk org kaya itu lantas mengulangi caciannya dan memarahinya di khalayak ramai. setelah puas dia pun menghalaunya keluar dari majlis. Apabila Ulama Sufi itu berlalu, dia dipanggil semula dan dimarahi lagi kemudian dihalau. Begitulah hal keadaannya berulang-ulang kali. sehingga akhirnya orang kaya itu mengalah.
Dia pun berterus terang kepada Ulama sufi itu. "Hai Syeikh, aku memohon maaf atas kebiadabanku. Adapun perbuatanku tadi hanyalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaranmu dan sifatmu yang tidak pernah marah. Bolehkah kau ajarkan kepadaku apakah amalmu yang membuatkan engkau begitu sabar dengan cacian dan makianku tanpa marah walau sedikit pun?"
Maka Ulama Sufi itupun menjawab, "Wahai saudaraku, apalah peliknya perbuatanku itu? Ianya sama dengan seekor anjing kurap, apabila dipanggil untuk diberi makan datanglah ia, apabila dihalau beredarlah ia. Walaupun berulang kali, tiada yang pelik pada perbuatanku itu wahai saudaraku, kerana anjing kurap itu tidak berdosa pada Tuhannya, sedangkan aku ini berbuat dosa. Maka bagaimana aku yang berdosa ini berani marah, sedangkan anjing kurap yang tidak berdosa itu tidak pernah marah?"
Wahai hati... ambillah iktibar.... (dari Facebook)
No comments:
Post a Comment