MY FOLLOWERS

Wednesday, July 4, 2012

Sekadar Luahan - Bila Si Adik Bakal Jadi Kakak :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum....

Dahulunya, dialah intan payung, dialah adik, dialah juga kakak. Walaupun bukan semua kehendaknya dituruti, dilayan juga sebaiknya. Kalau sudah perempuan, perempuan jugalah. Memang tidak dapat lari daripada fitrahnya. Ada sahaja yang dimahukannya. Bersolek, pakai baju kurung dan tudung, tolong memasak, apatah lagi bermain anak patung. Sepanjang tiga tahun pertama usianya, inilah sebahagian permainan yang menjadi koleksi dan temannya. Kadang-kadang, ada juga yang dibuat seperti 'adik'nya mengikut imaginasinya. 




Baru-baru ini ibunya baru sahaja selesai membuat pemeriksaan kandungan di klinik dan berita baiknya, dia bakal menjadi kakak kepada adik lelaki :-) Jadi, sebagai menyambut kedatangan adiknya nanti, dia sudah membuat sedikit latihan bagaimana ingin menjaga adiknya. Lihatlah siapa yang menjadi mangsa dalam latihannya... hahahaha :-D




Dua teddy bear kesayangannya dipakaikan dengan sarung tangan dan sarung kaki yang dibeli untuk adiknya. 

Lainlah pula ceritanya bila moody atau mengantuk. Meskipun jauh lagi daripada usia untuk alami lampu merah :-P rajuknya mengalahkan orang yang sudah laluinya. Inilah yang terjadi bila tuntutan mengantuknya tidak dilayan... Habis di 'karate' tetingkap pada kereta.... huhuhuhu





Kepada sesiapa yang sudah punyai anak dan bakal menambahkan bilangannya, boleh lihat pelbagai keletahnya. Ada sahaja ideanya. Selama mana ia tidak memudaratkan dan tidak membahayakan, pasti seronok melihatnya. Bagi yang belum punyai anak, cepat-cepatlah lahirkan yang pertama dan nantikan pelbagai aksi dan keseronokan melayan kerenahnya.... hehehehehe

Seperkara lagi, walau apa pun terjadi, banyakkan bersabar ..... adooooiiii........

2 comments:

aindzaya said...

eksitednya nak boleh baby..hehe

CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHINABLE,OWESOME clik sini : Konspirasi Blogger Kreative 2012
Jiwa daku sedang berperang

Cik Anita said...

SALAM..

Ouh saya belum punya anak dan juga belum kahwen, makanya tidak boleh lagi mahu cepat2 ada anak..hehe. kidding! Apa pun, pastinya si kakak ni akan jadi pelindung pada si bakal adik, sebab nampak dah semangat wajanya di situ. :D

P/S terima kasih atas teguran. InsyaAllah akan memperbaiki diri ini. :)