Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned
Assalamualaikum...
Pelik tetapi benar, namun itulah yang terjadi baru-baru ini sewaktu menggunakan komputer di rumah. Tidak pernah sekali pun berlaku masalah seperti ini sebelum ini.
Asalnya saya menggunakan kemudahan pc ini seperti biasa. Pada masa ia berlaku, saya hanya menggunakan tiga daripada empat USB port untuk memindahkan sedikit maklumat dari pendrive 4GB ke External Hard Disc 160GB. Saya perasan masalah berlaku apabila skrin sewaktu menutup pc (shut down) memaparkan ia dalam warna merah dan bukannya biru seperti biasa. Terkejut dengan keadaan itu, saya menghidupkan semula (on) pc beberapa kali dan ia masih dengan paparan berwarna merah seperti dalam gambar 1. Saya kemudian memeriksa jika ia adalah diakibatkan oleh virus tetapi tidak menemui sebarang masalah. Semuanya baik sahaja daripada sebarang virus.

Bila ada sambungan kabel di belakang motherboard atau monitor, paparan skrin akan jadi begini.
Pada petang hari kejadian, saya merujuk masalah ini ke kedai membaiki komputer berdekatan. Setelah mendapat nasihat daripada juruteknik berkenaan, saya pulang dan lakukan yang berikut:
- Periksa semua sambungan kabel ke monitor dan motherboard. Jika ada mana-mana sambungan yang longgar, sila ketatkan (itulah yang saya buat - gambar 2, atas).
- Jika masalah berlarutan, sila bawa monitor, motherboard dan semua kabelnya ke kedai komputer untuk diperiksa (tidak berlaku).
Ketatkan skru pada kabel ini. Jangan lupa, periksa kabel lain juga.
Selepas membuat pemeriksaan seperti yang diminta, didapati hanya kabel yang longgar (lihat gambar 3, anak panah). Mungkin sebab terlanggar sewaktu mencabut pendrive. Kemudian saya buka semula pc dan semuanya kembali seperti biasa (gambar 4) dan tidak perlu bawa ke kedai.
Seperkara perlu diingat juga, perisian antivirus perlu diperbaharui setiap tahun sebagai langkah pelindungan dan keselamatan komputer dan storan maklumat anda.
No comments:
Post a Comment