MY FOLLOWERS

Sunday, July 8, 2012

Artikel - Asteroid 2012 LZI

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....



Sebiji asteroid dengan saiz sebesar sebuah bandar diramalkan melintasi Bumi pada 14 Jun yang lalu. 

Asteroid 2012 LZ1, yang menghampiri Bumi yang dianggarkan oleh angkasawan dengan kelebaran 1650 kaki (500 meters) akan tiba dalam jarak 14 lunar pada petang hari berkenaan. Meskipun tiada bahaya impak ketika ia melalui, jaraknya yang hampir dengan Bumi ketika ia melintas menjadikannya cukup dekat untuk dirakam dengan kamera. 

Pengkaji menganggarkan batuan ini bersaiz antara 1,000 dan 2,300 kaki lebar (300-700 m). Pada hari ia melintas, ia akan berada pada jarak sekitar 3.35 juta batu (5.4 juta kilometer) dari planet Bumi, atau 14 kali jarak antara Bumi dan bulan. Oleh kerana saiz dan dekatnya ia dengan Bumi, 2012 LZ1 disahkan berpotensi sebagai berbahaya. Asteroid yang sangat hampir dengan Bumi secara umumnya mesti pada saiz sekurang-kurangnya 500 kaki (150 m) lebar dan datang dalam jarak 4.65 juta batu (7.5 juta km) dari Bumi sebelum boleh dikelaskan sebagai berpotensi dan berbahaya.

KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: