MY FOLLOWERS

Tuesday, July 10, 2012

Hidupan Liar - Haiwan Penghisap Darah

Kredit kepada: MNN
Gambar ihsan: MNN


Assalamualaikum....


Kelawar puntianak

Dalam lebih kurang 1000 spesis kelawar yang diketahui, hanya 3 daripadanya dari jenis yang menghisap darah. Dua daripadanya ialah jenis kaki berbulu dan bersayap putih. Spesis ini lazimnya memakan burung, sementara jenis biasa lebih bersifat versatil. 

Ia berkembang dari kepelbagaian hidupan liarnya di tengah dan selatan Amerika, namun apabila kemunculan ladang ternak dan bandar yang menyusutkan sumber makanannya, ia mula beralih kepada penceroboh sebagai sasarannya. Hari ini, ia menghisap darah lembu, kuda selain manusia bagi mengelakkan kepupusan. Gigitannya tidak berbahaya tetapi ia mampu menyebarkan wabak rabies, yang mengancam kesihatan orang awam yang berdekatan habitatnya.



CandirĂº 
 
CandirĂº ialah salah satu haiwan penghisap darah yang menakutkan sekitar Amazon atau sungai Orinoco yang menjadi habitatnya. Ikan ini menyerang ikan lain yang memasuki kawasannya. Dalam sesetengah kes, ia juga menyerang manusia dengan berenang ke arah kelangkang mereka. Dalam satu kes yang direkodkan, candirĂº berenang keluar dari sungai Amazon, terus ke kelangkang mangsa ketika ia cuba menghisap darah mangsanya sebelum ia mati. Kemungkinan ini menjadi khabar angin berdekad lamanya, tetapi pakar bedah dari Brazil akhirnya mengesahkannya pada 1997 apabila menemui candiru yang mati sepanjang 6-inch terbenam dalam bahagian kelangkang mangsa. Mereka berjaya membuangnya dan mangsa seterusnya pulih sepenuhnya.




Nyamuk betina

Nyamuk betina yang bertelur minum darah untuk mendapatkan protein walaupun tidak mendatangkan masalah kepada mangsanya kecuali kesan kemerahan dan kegatalan. Risiko sebenar adalah penyakit yang dibawa.

Nyamuk betina menyebarkan penyakit secara meluas daripada hosnya daripada malaria kepada denggi, demam kuning dan virus West Nile.  



Sengkenit

Sengkenit atau tick adalah salah satu spesis haiwan puntianak prolifik di Bumi, yang berupaya meminum darah 600 kali lebih banyak daripada berat badannya kerana cengkerangnya yang boleh diregangkan. Ia lebih suka kepada haba, kawasan semak samun berdekatan dengan air. Ia menggunakan gigi, kuku dan tiub makannya untuk mencucuk mangsa.



Lamprei

Lamprei ialah ikan kuno yang boleh memanjang yang kelihatan seperti makhluk asing lebih daripada puntianak. Ikan ini tiada rahang, tiada sisik, dan menghabiskan hampir sepanjang hidupnya sebagai larva yang tidak berbahaya. Ia mengambil masa tujuh tahun untuk mencapai usia dewasa, dan ketika itu ia akan menjadi sangat menakutkan. Lamprei dewasa akan melekap pada hosnya dengan gigi seakan cangkuk dan menyedut darah mangsa ketika ia berenang dan tidak mampu mempertahankan diri. 

Lamprei hidup di kawasan air tawar dan air masin seluruh dunia tetapi apabila ia menghuni di satu-satu habitat, ia akan menjadi haiwan penyerang yang dahsyat.  




Pepijat 

Pepijat hidup bersembunyi di kawasan gelap dan terpencil pada siang hari sama ada di bawah selimut, di sebalik dinding rumah, di bawah lantai dan akan keluar pada waktu malam untuk menghisap darah mangsa. Ia boleh membiak dengan cepat memandangkan pepijat betina mampu bertelur sehingga 5 biji sehari dan 500 biji sepanjang hayatnya.



Pepijat (Kissing Bug)

Namanya tidaklah menyeramkan, tetapi sifatnya lebih teruk daripada pepijat yang biasa kerana mempunyai saiz lebih besar dan lebih agresif. Serangga ini sering menggigit muka manusia untuk menghisap darah. Ia menyerang ketika tidur, tetapi tidak seperti pepijat biasa, pepijat jenis ini juga boleh menyebarkan penyakit Chagas. 

Penyakit ini paling biasa di Amerika Latin dan sangat jarang merebak di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, pepijat ini masih menyebabkan masalah terutama di kawasan seperti di Arizona dan Texas.


Lintah

Lintah lazimnya dikaitkan dengan cacing tanah, tetapi kebanyakannya lebih dahsyat daripada cacing. Sesetengah spesis seperti pemangsa, menunggu mangsa seperti lintah bulan dan siput, manakala yang lainnya adalah jenis parasit penghisap darah. 

Lintah yang paling dikenali adalah lintah perubatan Eropah, yang banyak digunakan oleh manusia berabad lamanya dalam bidang kesihatan. Dalam dunia moden masa kini, ia banyak digunakan sebagai cara mengawal aliran darah dalam sesetengah prosedur perubatan. Ketika ia menggigit, ia akan menyuntik sejenis bahan antipenggumpalan yang akan mengurangkan pembekuan darah, meredakan tekanan dan menggalakkan pengaliran darah selepas pembedahan. Sejenis bahan pencair darah, hirudin, diambil daripada kelenjar liur lintah ini dan versi sintetiknya kini telah dihasilkan dengan cetakan biru kimia. Lintah juga digunakan dalam perubatan tradisional di India, yang kebanyakannya percaya ia mampu membuang darah kotor daripada tubuh.


KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

No comments: