Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum...
Pengenalan
Perangai atau sikap pasangan yang berubah secara hampir tiba-tiba barangkali disebabkan adanya pihak ketiga di luar sana yang menggunakan sihir ke atas si empunya badan, dengan sesuatu hajat. Kebiasaannya si empunya badan tidak sedar akan apa yang berlaku. Namun, orang lain yang di sekelilingnya seperti kawan-kawan mahupun adik-beradik boleh melihat sikapnya itu seperti murung, cepat marah dan seperti segalanya salah di mata empunya badan. Dengan kata lain, sikapnya akan menjadi terbalik daripada sikapnya yang asal. Wallahualam...
(Dari penulis asal)
Cerita ini adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku pada tahun 1992 di utara semenanjung. Saya memaparkan cerita satu kisah seorang isteri yang yang sanggup membunuh suaminya yang dulu disayangi semata-semata kerana ingin mengikut lelaki lain.
Kisah bermula dengan seorang lelaki yang bernama Asri yang selalunya hidup berseorangan tanpa mempunyai seorang kekasih. Asri adalah seorang lelaki yang pemalu dan tidak pernah memikirkan untuk mencari seorang teman hidup. Dia hanya memikirkan mengenai kerja-kerjanya.
Kemudian Asri dibuang kerja dari sebuah kilang pembuatan di Pulau Pinang. Asri terpaksa menerima keputusan syarikat kilang pembuatan itu yang ketika itu turut membuang ramai pekerja lain dengan alasan kilang pembuatan itu hampir kerugian.
Keesokanya harinya Asri pulang ke negeri kelahiranya untuk mencari pekerjaan yang lain. Dalam masa 2 hari sahaja, Asri telah diterima kerja di sebuah pasaraya terbesar di utara semenanjung. Asri amat gembira dan penerimaan itu. Di situlah Asri mengenali seorang wanita berumur 20 tahun yang bekerja hanya sementara dan lebih muda daripada Asri yang berumur 35 tahun. Wanita itu adalah seorang graduan yang baru sahaja tamat pelajarannya di sebuah universiti, bernama Anira. Semakin lama berkenalan, hubungan antara Asri dan Anira bertukar menjadi hubungan kawan kemudian menjadi kekasih.
Selepas itu Asri mula berjumpa dengan ibu dan bapa Anira untuk melamarnya. Dalam masa 2 bulan mereka berkahwin dan menjadi suami isteri yang paling bahagia.
Sebelum mereka mejadi hubungan suami isteri, Asri adalah lelaki yang paling manja pada Anira. Apa sahaja masalah berlaku, Asri akan mengadu kepada Anira dan apa yang masalah berlaku ke atas Asri diselesaikan oleh kekasihnya Anira. Asri juga kuat cemburu, selalu juga mengesyaki Anira ada lelaki lain tetapi syak wasangkanya tidak betul kerana Anira sangat sayang pada Asri dan setia pada Asri. Anira seorang akauntan yang bekerja di sebuah syarikat audit.
Dalam 2 tahun Asri dan Anira menjadi suami isteri, Anira mula berubah perangainya dan kurang melayan Asri. Dalam diam-diam Anira mempunyai hubungan rahsia dengan seorang lelaki yang jahat. Lelaki itu selalu mengawal Anira dan selalu menyuruh Anira memarahi Asri dan selalu keluar malam. Asri seorang lelaki yang tabah dan sabar dengan perangai isterinya.
Semakin lama semakin menjadi-menjadi perangai Anira.pada malam itu. Lelaki jahat itu menyuruh Anira membunuh suaminya. Lelaki itu menyuruh Anira pura-pura berbaik dan membelai suaminya. Apa yang disuruh lelaki jahat itu telah dilakukan oleh Anira. Pada malam pertengahan bulan April, Anira berbaik dengan suaminya dan membelai suaminya di dalam bilik sebelum mereka hendak tidur. Anira kerap memberi ciuman kepada suaminya sehingga suaminya tidur. Asri sangat gembira dengan perubahan perangai isterinya yang bertukar menjadi isteri yang baik.
Selepas sejam lebih berlalu asri tidur dengan cukup nyenyak dengan perasaan gembira tetapi Anira tidak tidur dan hanya pura-pura tidur. Selepas Anira pastikan suaminya nyenyak tidur, Anira mula bangun dari katil dengan senyap dan perlahan-lahan dan mengambil beg dan bersiap untuk melarikan diri. Lelaki jahat itu menghubungi Anira. Anira yang cantik memakai baju kurung berwarna merah dan ketat, sambil menepuk punggungnya sewaktu bercakap dengan lelaki itu dan faham apa yang disuruh lelaki jahat itu.
Selepas selesai perbincangan antara Anira dan lelaki itu, Anira mula pergi ke dapur mengambil sebilah pisau yang panjang lalu meluru ke bilik dengan perlahan. Kemudian tanpa belas kasihat Anira menikam suaminya sebanyak 2 tikaman sewaktu Asri tidur berdengkur. Asri menjerit kesakitan sambil memegang perutnya yang keluar banyak darah dan tidak henti-henti menggeletar. Isterinya dengan cemas melarikan diri sambil menyebut perkataan yes yes dan menghebus nafas kepuasan. Lelaki jahat itu dari awal sudah menunggu Anira di hadapan rumahnya. Seorang jiran yang kebetulan pulang dari kerja lewat menjadi saksi melihat Anira yang memakai baju kurung ketat dengan cemas dan bertudung putih menaiki kereta lelaki itu dan berlalu pergi.
Selepas 5 hari yang lalu pihak polis mesyaki isterinya Anira dan lelaki itu melarikan diri ke luar negara tanpa berita sehingga belum ada sebarang penangkapan.
- Sumber
No comments:
Post a Comment