MY FOLLOWERS

Saturday, June 9, 2012

Hidupan Liar - Tahukah Anda Warna Darah Belangkas?

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......



Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini. 


- Sumber

4 comments:

Ms Haslina said...

biru..baru tahu hal nie.

a'ah mmg pernah dgr kita org islam leh makan belangkas tu.

Shila said...

baru tau..!


teringin gak nk rasa belangkas ni cmne.. hihih

Anonymous said...

good info..tp admin jgn taip dgn warna kuning..ssh nk bc..silau!!

THE GREEN said...

anon: soo sori..ni entri lama. entri2 baru smua sudah tukar color text putih..anyway truskn baca blog ni..