Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Youtube
Assalamualaikum....
Sebelum ini saya ambil ujian memandu di PSM untuk GDL lori BTM bawah 3000 kg. Lulus dengan markah 48/50. Keesokannya pergi ke JPJ untuk buat lesen baru dengan hanya bayaran RM20. Sekadar untuk tinggikan peluang untuk dapatkan kerja. Cuma harapnya saya tidak sembunyikan mesingan putar di belakang lori nanti, macam dalam filem.. hahaha!!
Sudah berapa lama tidak hadir temuduga? Entah.. bila kali terakhir pun sudah lupa.. Jika syarikat mengambil kira faktor umur, rasanya mungkin saya sudah tiada apa-apa peluang lagi kecuali bekerja sendiri. Syarikat yang ambil pekerja akan tetapkan had umur dalam syarat memohon. Memanglah, jika ada yang memohon pihak syarikat akan kata sesiapa sahaja boleh memohon, tetapi sedarkah semua orang mereka mungkin berkata sebaliknya bila semua orang sudah pulang? Mungkin mereka pertimbangkan untuk tidak ambil si fulan dan si fulan kerana sudah melebihi had umur. Selepas temuduga tempohari, keputusan masih juga belum diumumkan. Menunggu lagi.. entahlahh...Dengar ceritanya yang terbaru, perlu tunggu dua minggu untuk ketahui keputusan daripada pihak berkenaan. Namun sekarang ini, hari Ahad ini cukup dua minggu tempoh tersebut. Bahagian yang paling tidak sedap didengar ialah jika mahu berhenti pula, perlu kemukakan surat letak jawatan 6 bulan sebelum berhenti!
Haaa??!! 6 bulan??!! Kalau sebulan pun sudah memadai!
Haaa??!! 6 bulan??!! Kalau sebulan pun sudah memadai!
Dalam masa yang sama, saya menunggu masa dipanggil oleh sebuah kolej di sini untuk kemasukan kursus jangka pendek sebelum bekerja. Setakat yang sudah diketahui, nama saya sudah berada dalam sistemnya, hanya tunggu panggilan masuk pada bulan 7 nanti. Kursus ini adalah berkaitan bidang yang paling saya minati dan sudah lama impikan. Saya cuma berdoa semoga selepas ini akan dapat kerja tetap untuk tanggung keluarga yang kini akan bertambah seorang lagi ahlinya dalam sebulan dua lagi...
P/S:
Menulis sambil mendengar lagu Starry Eyed Surprise (Dance All Night To This Dj) nyanyian Paul Okenfold.
No comments:
Post a Comment