MY FOLLOWERS

Tuesday, June 19, 2012

Sekadar Luahan - T.O.Y.O.L. aka Tolong Orang Yang Otak Lemau :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...


Cerita ini sudah biasa didengar sejak di zaman sekolah lagi. Buat mereka yang kuat study sejak dari mula, tiada masalah sekali pun tidak ada 'pendamping' ini. Cuma adakalanya sekali sekala ia masih diperlukan walaupun telah ulangkaji sejak dari awal, manalah tahu kalau tiba-tiba boleh jadi terlupa dengan apa yang telah dipelajari. Teringat saya, ketika mengambil diploma dulu ada sekali waktu peperiksaan seorang kawan saya boleh terlupa formula penting untuk subjek Elektronik. Memang mengeluh panjanglah bila merujuk semula buku sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan. 

Sesetengahnya berakal panjang. Bermacam helah juga direka untuk elakkan daripada tertangkap oleh pihak atasan. Ada pula yang sorokkan pendamping ini di merata-rata tempat. Jika tidak di badan, ada pula yang sorokkannya dalam tandas. Saya hanya simpan dalam poket..hehehe.. Saya gunakannya mungkin sekali atau dua sahaja untuk satu-satu kertas subjek ketika peperiksaan. Saya membukanya sewaktu di tandas. Sebaik mungkin saya cuba untuk tidak kerap keluar supaya tidak disyaki..

Di waktu lain, ada kawan saya menceritakan bagaimana seorang kawan sekolahnya dahulu kantoi sewaktu berada di dewan peperiksaan. Dipanggil ke bilik pengetua dalam keadaan macam baru bangun tidur, cakap pun tidak menentu. Bila ditanya kenapa tidak menjawab dengan betul siap dengan nota lagi dan macam orang mabuk, dia tanpa sedar mengaku mengambil daun ketum pada hari sebelumnya.

Jika digunakan dengan betul, tiada siapa akan tahu pendamping ini digunakan. Jika sudah tertangkap atau kantoi, habislah si penggunanya. Tidak perlu bersusah payah panggil ustaz untuk baca ayat-ayat tertentu untuk menangkapnya kerana ia bukanlah berwarna hijau dengan fizikal budak, tidak boleh berjalan atau melompat-lompat macam kera kena belacan, sebaliknya hanyalah kertas yang entah apa-apa yang boleh dilipat dan disumbat-sumbat. Itulah dia nota ringkasnya TOYOL atau nama panjangnya Tolong Orang Yang Otak Lemau... hahahaha!!

:-D

No comments: