Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Penulis memetik tulisan ini dari salah satu kemaskini di Facebook. Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak jelas dari sudut hukum akan hal ini. Dalam masyarakat melayu yang masih mengekalkan sebahagian adatnya dan masih berpegang teguh pada ajaran Islam, adalah perlu untuk kita tahu membezakan antara adat dan hukum.
Soalan:
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini. - Sumber
Pun begitu, tulisan ini turut mengingatkan penulis mengenai perkara berkaitan 'jatuh hukum' sewaktu menghadiri kursus perkahwinan dahulu, kerana ia banyak berkait dengan akad yang menjadikan sesuatu perkara itu sah!
Contohnya, dalam jual beli. Selain mengambil kira halal haram barangan yang dijual serta kaedah yang mesti mengikut hukum syarak, perlu juga ada akad dalam jual beli berkenaan/urusniaga bertukar tangan. (Penjual beri barang dan terima duit: Saya jual, Pembeli ambil barang dan beri duit: Saya beli).
Contoh lain, akad nikah..Selain ada saksi, wali dan sebagainya, ada akadnya. Bila kedua pihak setuju, sekalipun secara bergurau tidak kiralah berada di mana pun, maka akan jatuhlah hukumnya sebagai sah! Dalam perihal 'jatuh hukum', yang ditekankan ialah lafaz, secara lisan (bagi yang faham, boleh berkata-kata dan boleh mendengar dengan jelas) atau dalam bahasa/bentuk lain yang menyatakan maksudnya.
No comments:
Post a Comment