MY FOLLOWERS

Sunday, June 17, 2012

Artikel - Evolusi Sut Iron Man Versi Filem

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies


Assalamualaikum...

Filem Iron Man 3 kini dalam proses penggambaran. Menjelang kemunculan filem ini, Tony Stark kini bekerjasama semula dengan kesemua tujuh sut yang pernah digunakannya sejak dari filem Iron Man yang pertama sehinggalah The Avengers. 

Mark I (Iron Man 1): Dicipta sewaktu dalam tahanan bagi melepaskan diri sebelum ia ditinggalkan di padang pasir. Serpihannya dikutip kembali oleh musuhnya.


Mark II (Iron Man 1 dan 2): Prototaip pertama yang berjaya, masih dalam peringkat ujian. Boleh melakukan penerbangan dan tembakan, namun menghadapi masalah ais (icing) ketika terbang di altitud tinggi. Dalam filem kedua, ia diambil oleh Rhodey dan dilengkapkan dengan senjata dan menjadi War Machine.


Mark III (Iron Man 1): Sut pertama yang berjaya. Rosak dalam pertempuran dengan Iron Monger.


Mark IV: Digunakan sekali sahaja, sewaktu adegan Stark Expo dalam filem kedua.


Mark V (Iron Man 2): Satu-satunya sut dalam bentuk beg briefcase. Rosak teruk dalam pertempuran dengan Whiplash ketika di GP Monaco. Dalam komik asal, sut dibawa dalam beg briefcase.


Mark VI (Iron Man 2 dan The Avengers): Sut yang direka semula dengan tambahan warna perak dan chest repulsor berbentuk segitiga yang dibentuk menggunakan maklumat yang ditinggalkan oleh Howard Stark. Ia turut merujuk kepada vibranium, sejenis besi yang juga digunakan untuk mencipta perisai Captain America. Dalam Captain America: The First Avenger, Howard ada menerangkan perkara ini kepada Steve Rogers.


Mark VII (The Avengers): Tony Stark kembali menggunakan repulsor berbentuk bulat yang asal.

Iron Man 3 dijangka menemui penonton di pawagam pada 3 Mei 2013 nanti.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: