Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Youtube
Assalamualaikum....
Apa perasaan anda bila ada pasangan atau setidak-tidaknya sesetengah kawan yang terlalu suka masuk campur kehidupan peribadi anda? Geram? Sakit hati?
Kalau ditanya pada saya, jawapannya saya akan rasa serabut lebih-lebih lagi kalau sudah berlarutan. Bak kata orang - you really get into my nerves laa!!
Saya bukanlah seorang yang sempurna dalam semua segi, jauh sekali seperti malaikat. Sesetengah orang mahukan orang yang hampir seperti itu sebagai pasangan walhal secara realitinya tidak akan pernah ada yang seperti itu sehingga hari kiamat. Saya biasa dengar rungutan seperti ini daripada lelaki apabila diberitahu ciri-ciri lelaki yang perempuan mahu. Bagi saya, jika anda buat sesuatu adalah terpulang pada anda mahu putuskannya - pilihan di tangan anda. Maksud saya, di usia dewasa sebegini, baik buruk sesuatu perkara itu sudah banyak dipelajari sejak dari zaman beruniform sekolah sehinggalah ke kuliah-kuliah agama di surau-surau. Bukanlah berkaitan mahu kahwin lebih atau seumpamanya yang saya maksudkan secara terperinci di sini, saya cuma sentuh berkaitan sikap secara umum. Pandai-pandailah bawa diri, tidak perlulah terlalu suka menyibuk sangat dalam urusan peribadi orang lain.
Orang selalu kata perempuan lebih banyak simpan rahsia dalam hatinya sampaikan hati kata lain, mulut pula kata lain. Susah mahu luahkan yang 'sebijik-sebijik' macam dalam hati. Maknanya kalau mulut jawab A kita sebagai lelaki seharusnya sudah boleh hidu mungkin dalam hatinya kata B. Tidak terhad kepada yang masih bujang sahaja, bila sudah kahwin pun semacam itu juga. Kalau sudah perempuan, perempuan jugalah namanya!
Bagaimana dengan lelaki? Bagi saya, lelaki menyimpan rahsia adalah satu perkara yang besar, ibarat menyimpan mohor besar raja-raja. Lebih banyak rahsia dan lebih banyak strategi untuk menyimpannya bagi memastikan seboleh-bolehnya rahsia tidak akan bocor. Ibaratnya kalau boleh bawa sampai ke mati. Kalau boleh tidak akan dibocor sampai bila-bila. Kiranya sepanjang hayatnya, bermacamlah rahsia disimpan. Justeru, siapa yang tahu? Mungkin di kalangan segelintir yang rapat sahaja terutama yang sekepala dengannya. Kalau perempuan biasanya akan berkongsi dengan kawan-kawan rapat siap dengan emosi, lelaki pula sebaliknya. Sedikit emosi, selebihnya perkara itu bersifat teknikal, menyeluruh, penuh strategi.
Seperkara lagi, orang lelaki fikirannya tidak terlalu complicated sekali pun banyak yang perlu diuruskan dan difikirkan. Bukankah lelaki pada fitrahnya dikurniakan akal panjang? Nisbah akal: nafsu = 9:1.. Sebab itu ada sesetengah kes yang saya peroleh daripada pengalaman, contohnya bila sang suami sudah meninggal, barulah terbongkar itu ini seperti sejumlah harta, yang selama hidupnya disimpan kemas.
Dalam perihal dosa pahala pun lebih kurang begitulah. Bukan senang mahu korek rahsia daripada lelaki. Contoh, cubalah lihat dalam majalah atau akhbar, sekali pun cerita dibuka tetapi muka dan nama akan ditutup. Memanglah untuk memberi pengajaran sekaligus menutup aib si pencerita. Namun fikirkan, tiada siapa pun akan tahu kalau-kalau yang memberikan bahan cerita itu ialah adik-beradik sendiri atau si pasangan anda jika si lelaki berkenaan berikan bahan secara senyap-senyap!
Dalam banyak hal penuh kerahsiaan, lelaki tidak begitu suka orang terlalu masuk campur dalam urusannya. Jika ada yang cuba mengoreknya lebih-lebih lagi jika rahsia yang disifatkan sensitif dan get into nerves, maka akan bermacamlah strategi akan keluar untuk memastikan rahsia kekal tertutup kemas. Yang cuba mengorek rahsia juga akan datang dengan bermacam strategi untuk dapatkannya. Setiap orang, lain rahsianya. Bagi yang mahu menyimpan rahsia, kenalah pandai menghidu bila datangnya ancaman.
Cuma jangan beritahu sesiapa apa dan bagaimana anda lakukannya.. hehehe
Why everybody so petrified?! Drop that! Come on!!
P/S: Menulis sambil mendengar lagu Petrified oleh Fort Minor
1 comment:
perempuan memang begitu kah?
menjaga hati dan terasa hati
Post a Comment