MY FOLLOWERS

Friday, June 22, 2012

Paranormal - Nak Tumpang.... Ke Nak Penumbuk?!!

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....



Sebagaimana disampaikan dalam tulisan penulis asalnya.

Saya ada seorang kawan berstatus ibu tunggal. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang ketika itu berumur sekitar 3-4 tahun dan sudah mula petah bercakap.

Pada satu hari, dia ceritakan pada saya anaknya demam sehingga seminggu dua tetapi masih belum. Bila malam, dia meracau-racau dan menangis seperti ada sesuatu yang kacau dia sewaktu tidurnya. Jadi dia minta tolong pada saya untuk temankan dia balik ke kampung di Perak untuk bawa anaknya berubat secara tradisional. Selalunya dia tiada masalah untuk balik sendiri, namun sejak anaknya demam dan asyik melekat sahaja bersamanya, mesti susah untuk pandu kereta. Jadi saya pula yang jadi pemandunya. Kami merancang bertolak pada Sabtu pagi dan tidur di rumah ibunya. Seterusnya pagi Ahad akan bawa anaknya berjumpa ustaz dan tengaharinya pulang semula ke KL. 

Pada hari Sabtu sebelum bertolak, saya tinggalkan kereta di rumahnya dan pandu keretanya ke Perak. Kami pandu ikut jalan lama dan bertolak sekitar tengahari sebab anaknya meragam dan kami tiba di rumahnya sekitar petang. Sepanjang perjalanan ketika itu musim pilihanraya, maka banyaklah pondok diwujudkan dan bendera tergantung di sana sini.

Sekitar maghrib, sedang berehat-rehat, saya terima panggilan daripada ayah memberitahu ibu dimasukkan ke hospital sebab asma yang agak teruk. Setelah berbincang dengan kawan saya ini, kami buat keputusan untuk pulang pada malam itu juga. Jadi, selepas isyak, kami terus bergerak ke rumah ustaz itu dan semuanya selesai sekitar jam 12 malam. Kami terus berkemas dan terus pulang dan saya masih menjadi pemandunya.

Kami masih menggunakan jalan lama seperti waktu kami datang. Dalam kereta, kawan saya duduk di depan dan saya di tempat duduk belakang. Sedang kami seronok berborak, tiba-tiba anaknya sembulkan muka di tengah antara kerusi depan.

"Mama, cian kakak tu kan?" kata anaknya, "kakak sape sayang?" tanya kawan saya ini.

"tuuuuuuuuuuuuuuuuuu............... dia tunggu bas ye mama" sambil tangan anak dia tunjuk ke depan.. Saya pun pandang apa yang ditunjukkan.


Dalam keadaan gelap dan samar-samar itu saya nampak apa yang ditunjukkan oleh anaknya - rambut panjang, baju putih sambil duduk. Menggigil terus dibuatnya! Apalagi, si pemandu pun terus tekan minyak dan pandu selaju boleh!

Kawan saya pun terus ambil anaknya dan disuruh tidur. Kami terdiam sediam-diamnya. Mata saya terus pandang ke depan, fokus memandu tanpa toleh ke kiri kanan lagi. Dalam hati marah juga, "Apsal la si kecik ni gi tegur.. nasib baik la kecik... kalau kawan-kawan aku, dah lamer dah makan penumbuk!!"

Tiba-tiba anaknya bersuara lagi, "mama.... kakak ni nak tumpang... "

Kawan saya terus pusing ke belakang, capai anaknya dan terus peluk kuat-kuat.. Dia tekap anaknya ke dada dan azan sekuat-kuatnya. Dari ekor mata, nampaklah apa yang ditunjukkan anaknya tadi terbang bersebelahan kereta tepi tingkap belakang! Saya pula terus pandu 120 km/j. Tanpa fikir apa-apa. Lubang jalan pun diredah terus. Dalam 10 minit kemudian, baru lepas.

Ikutkan rancangan, kawan saya ini akan hantarkan saya terus ke rumah dan dia pulang bersama anaknya tetapi selepas apa yang terjadi waktu itu, kami terus tukar rancangan. Pukul 3 pagi saya terus telefon adik saya dan suruh dia bangun dan temankan kami pula untuk ke rumah kawan saya untuk ambil kereta.

Sehingga sekarang saya masih serik untuk pandu pada waktu malam.

KLIK SINI untuk ke sumber.

Sumber lain.

No comments: