MY FOLLOWERS

Thursday, June 21, 2012

Hiburan - Siri Dexter

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum....






Dexter ialah drama bersiri Amerika yang disiarkan menerusi slot Showtime mulai 1 Oktober 2006. Musim keenam siri ini disiarkan pada 2 Oktober 2011. Siri ini berkisarkan kehidupan Dexter Morgan (Michael C. Hall) yang bekerja sebagai penganalisis corak percikan darah di Jabatan Polis Metro Miami pada waktu siang dan menjadi pembunuh bersiri pada sebelah malam. Musim pertama siri ini lebih banyak diambil daripada novel pertama dalam siri novel Dexter tulisannya, Darkly Dreaming Dexter oleh Jeff Lindsay. Episod-episod seterusnya telah dikembangkan berdasarkan tulisan penulis novelnya dan diadaptasi ke versi televisyen oleh penulis lakon layar James Manor Jr. yang juga menulis episod pertama.

Siri ini mendapat pujian dan populariti yang begitu meluas. Musim keempat menyiarkan episod akhirnya pada 13 Disember 2009 dengan jumlah penonton 2.6 juta, menjadikannya siri paling banyak ditonton di Showtime. Michael C. Hall telah menerima beberapa anugerah dan pencalonan hasil lakonannya sebagai Dexter, termasuk Golden Globe. Pada 18 November 2011, siri ini telah dilanjutkan untuk dua musim lagi. Musim ketujuh bakal disiarkan pada bulan September 2012 ini.


Plot

Dexter tinggal di rumah anak yatim selepas ibunya dibunuh dan kemudiannya diambil sebagai anak angkat kepada pegawai polis Harry Morgan dan isterinya, Doris. Selepas mendapati Dexter membunuh banyak haiwan peliharaan di kawasan kejiranannya selama beberapa tahun, Harry memberitahunya yang dia percaya sifat pembunuhnya muncul pada usia sangat awal dan sedar sifat itu akan terus berkembang dalam dirinya. Bagi mengelakkan Dexter membunuh orang yang tidak bersalah, Harry mula mengajarnya "The Code". Dalam kod ini mangsa Dexter adalah di kalangan pembunuh itu sendiri yang telah membunuh secara tidak adil dan akan melakukannya lagi jika tidak disekat. Dexter perlu melakukan tugas ini tanpa ditangkap. Dexter turut diajar oleh Harry kaedah memalsukan sikap manusia, menutup jejaknya selepas membunuh, serta menangkap si pembunuh. 

Dexter mengikuti The Code bagi memuaskan "Dark Passenger" dalam dirinya. Seperti juga pembunuh bersiri lain, Dexter juga menyimpan 'trofi' pengenalan mangsanya. Sebelum membunuh mangsanya, Dexter akan mengambil sampel darah mangsa untuk disimpan dalam slaid yang diletakkan dalam bekas disembunyikan dalam penyaman udara di rumahnya. 

Pada permulaan siri,  Dexter percaya yang dia tiada emosi dan perlu terus bekerja untuk kelihatan normal dan menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling. Pada awalnya Dexter berjaya memalsukan emosi manusia dan mengekalkan penampilannya sebagai kawan dan jiran termasuklah kepada kakaknya Debra dan Rita, jirannya yang masih trauma akibat penderaan bekas suaminya. Walaubagaimanapun, kesemua hubungan yang terjalin ini merumitkan lagi kehidupan dua halanya dan membuatkannya mula mempersoalkan keperluannya untuk membunuh. 

Dibintangi Michael C. Hall, Jennifer Carpenter, Desmond Harrington, C.S. Lee, Lauren VĂ©lez, David Zayas, James Remar, Julie Benz dan Erik King.


Sumber rujukan: SINI  |   SINI  |   


No comments: