Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum...
Kisah ini berlaku sekitar 2004 ketika aku masih bujang. Aku tinggal bersama-sama rakan sepejabat di sebuah rumah di Selangor. Di rumah itu ada dua bilik dan kami tinggal berempat.
Keadaan rumah ini agak panas. Oleh sebab itu kami selalu tidur di ruang tamu. Hanya aku seorang yang tidur dalam bilik yang ada dua katil bujang. Katil yang satu lagi penuh dengan kain baju yang belum berlipat. Kawan aku yang seorang ini selalu keluar malam dan pulang pada lewat malam.
Pada suatu malam, kawan ini keluar dan seperti biasa aku tidur dalam bilik. Sekitar jam 3 pagi, aku tersedar dari tidur dan terdengar suara seperti orang kepenatan bernyawa dengan kuat. Aku tengok di atas katilnya, kawan aku sedang tidur sambil menutup seluruh badan dan mukanya dengan selimut. Kemudiannya, aku sambung tidur semula.
Pagi esoknya, aku bangun untuk pergi kerja. Aku terkejut, kerana kawan aku sedang nyenyak tidur di ruang tamu. Petang itu selepas balik dari kerja, aku berborak dengan kawan aku yang seorang ini dan tanya pada dia bila masanya dia bertukar tempat tidur. Dia kata sampai di rumah jam 5 pagi dan terus tidur di ruang tamu. Lepas itu barulah terasa meremang bulu roma aku!
Selepas itu barulah bermacam-macam cerita keluar. Sebelum ini, memang pernah nampak bayang-bayang hitam dalam rumah itu tetapi semua orang buat tidak tahu sahaja dan hanya menganggapnya sekadar mainan perasaan. Namun pada malam/pagi itu, apa yang aku nampak bukanlah mainan perasaan lagi.
Seminggu kemudian, tuan rumah bawa pengamal perubatan tradisional untuk pagar kawasan rumah kami setelah kami ceritakan apa yang berlaku, dan ustaz ini katakan memang ada makhluk yang turut menumpang kerana rumah sewa kami ini penuh dengan maksiat dan DVD lucah.. Kami pula jarang solat dan baca al-Quran. Patut pun rumah kami panasnya semacam sahaja..
Setelah berkahwin dan punya keluarga sendiri, rumah itu kini didiami keluarga lain.
- Sumber
No comments:
Post a Comment