MY FOLLOWERS

Friday, June 1, 2012

Berita - Bidaan Tertinggi Nombor Plat WWW

Kredit kepada: Berita Harian Online, Blog Pilihan Anda, Enciknakal.com
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, siri WWW juga mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.

Katanya, bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.
"Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, telah habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.

KLIK SINI untuk artikel penuh.

Berita terbaru - Nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 kini menjadi milik Sultan Johor dengan harga bidaan RM520,000. Nombor ini telah memecahkan rekod termahal nombor plat di Malaysia yang sebelum ini dipegang oleh seorang peniaga yang juga dari Johor yang membeli nombor pendaftaran MCA 1 dengan harga RM 300,100 yang telah dibeli pada tahun 2010.


Pautan berkaitan: 
Senarai tender yang berjaya dan keputusan nombor pendaftaran yang dikeluarkan pada 28.5.2012.

No comments: