MY FOLLOWERS

Monday, November 7, 2011

Seni & Kreativiti - Proses Pembuatan Arca Burung

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum.....

Kebetulan seorang kenalan datang ke rumah beberapa minggu lalu untuk menyiapkan sebuah projek. Agak beruntung kerana gambar ketika proses menyiapkannya dirakam dari awal sehingga ia siap. Projek ini memakan masa sekitar dua minggu untuk disiapkan. Arca ini berukuran lebih kurang 70 cm x 50 cm (panjang x lebar). Ketebalannya sekitar 2 inci. Ukuran ini hanyalah anggaran dan tidak tepat, disebabkan tidak mendapat ukuran sebenar. 

Urutan gambar di bawah menerangkan secara ringkas bagaimana projek ini disiapkan.


Diperbuat daripada campuran bahan seperti gabus dan simen kapur.



Proses mengecat dimulakan sesudah mengecat warna asas (undercoat) putih. Warna yang dipilih adalah sebagaimana ditunjukkan dalam gambar.



Menebuk lubang untuk proses mencantumkan arca pada papan (selepas semua proses selesai)


Warna latar belakang selesai dicat dan arca sesudah dikeringkan. Hanya mata burung sahaja belum disiapkan.



Bahagian mata ditebuk sedikit dan disapukan gam untuk melekatkan mata burung agar nampak lebih timbul. Mata burung diperbuat daripada plastik sebagaimana terdapat pada anak patung beruang (teddy bear).


Mata burung diwarnakan semula bagi kedua-dua ekor burung. Proses touch-up turut dijalankan.



Arca dilekatkan pada papan di bahagian bawah. Hampir siap.




Projek arca yang telah disiapkan untuk dihantar.


 

Cayalaahh!!! :-)

1 comment:

Admin said...

waahh menarik ni ... bisnes ke nih?