MY FOLLOWERS

Friday, November 25, 2011

Artikel - Kisah Umar Abdul Aziz: Kerana Rambut, Solat Terabai

Kredit kepada: Facebook (Nurul Amir)
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Khalifah Umar Bin Abdul Aziz (rahimahullah) terkenal dengan personalitinya yang kemas, kacak dan bergaya terutamanya ketika di usia remaja. Beliau dihantar oleh ayahnya, Abdul Aziz untuk menuntut ilmu agama dengan seorang ulama’ di Madinah yang bernama Soleh Bin Kisan. Kepada ulama’ ini ayahnya amanahkan supaya menjaga anaknya dengan penuh perhatian.

Semasa Umar dalam proses menuntut ilmu itu beliau menyimpan rambut yang panjang. Beliau selalu menyikat rambutnya dengan rapi dan memang beliau seorang jejaka yang bergaya. Namun, rambut beliau yang panjang itu menyebabkannya mengambil masa yang lama untuk mempersiap diri untuk ke mana-mana. Ini menjejaskan pergerakan beliau termasuklah untuk menghadiri kelas pengajiannya dan beliau sering lewat sampai ke majlis ilmu.

Pada suatu hari, Umar terlewat menghadiri solat berjamaah dan kelewatannya ini disedari oleh gurunya Soleh. Lantas Soleh segera memanggil beliau untuk bertanya kenapa beliau lambat untuk solat jamaah.

"Mengapa kamu lambat wahai Umar?" tanya Soleh dengan nada yang keras dan tegas.

"Maafkan saya sheikh, saya terlewat kerana terlalu asyik menyikat rambut supaya kelihatan kemas." jawab Umar jujur dalam keadaan kepalanya tertunduk. Soleh berang mendengar jawapan Umar. Dia seraya berkata: "Bukankah berkali-kali aku pesan supaya rambutmu itu tidak menyebabkan kamu melengah-lengahkan solat?". Umar diam seribu bahasa.

Atas dasar amanah yang dipertanggungjawabkan, kesilapan Umar itu terus dilaporkan oleh Soleh kepada ayahnya, Abdul Aziz. Setelah menerima laporan itu, Abdul Aziz dengan tegas telah mengarahkan agar rambut anaknya dipotong. Malah, Abdul Aziz telah mengarahkan agar kepala anak lelakinya itu dibotakkan supaya rambut di kepala Umar itu tidak lagi menjadi kekangan bagi Umar.

Umar sebagai remaja yang yang beriman, patuh dan taat pada arahan ayahnya itu walaupun beliau memang dikenali sebagai jejaka yang bergaya. Kerana rambut, beliau terlewat solat jamaah maka beliau sanggup korbankan rambut beliau. 

Renungilah kisah seorang yang hebat seperti Umar itu yang akhirnya menjadi Khalifah yang terkenal wara’, zuhud dan ‘alim. Pemerintahannya yang singkat lebih diingati umat Islam berbanding khalifah sebelum beliau yang lebih lama memerintah. Tidak lain dan tidak bukan kerana beliau mengutamakan Allah dan Rasul-Nya.
Dari Abdullah Bin Mughaffal (r.a) meriwayatkan:

"Rasulullah melarang kami untuk merapikan rambut dengan berlebihan (melampau), kecuali jarang-jarang" (Riwayat Tirmidzi, Daud, Nasa'ie dan Ahmad)
Kisah Umar itu diambil dari buku Kezuhudan Umar Abdul Aziz dan Kesederhanaan Nik Abdul Aziz


Pesanan NurulAmir.com™

5 comments:

shzyswl said...

thanks fr the sharing. kene hindarkan apa saja benda y melalaikan kan :)

Unknown said...

Bagusnye entri nie.
tue baru terlewat sbb sisir rambut terlampau.....yg banyak sgt zaman skrang tertingal waktu solat...mcmane kan..kan...

THE GREEN said...

shzyswl: mcm tu la hendaknya :-)

cik aletheea: zmn skrg ni org tinggal solat atas mcm2 sbb. tak terhad pd alasan bkaitan rambut jer...

EmpayarUtama said...

Aku belajar dua kat sini - jangan lengah sembahyang; sederhana dalam segalanya (segalanya kan?)

rozeeta rashid said...

jangan ada sebarang alasan untuk lewat solat. insyaallah saya akan ingat tu. entri yang bagus!