MY FOLLOWERS

Friday, November 11, 2011

Berita - Jaguh MMA Menghalang Rompakan Di Hotel

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Yahoo Sports


Assalamualaikum....

Dua orang jaguh Mixed Martial Art (MMA) yang berada di Los Angeles untuk satu kejohanan. Namun keadaaan yang tidak disangka berlaku membuatkan mereka menggunakan kemahiran mereka di dunia sebenar!

Alvarez (kiri) dan Denney

Rakaman CCTV ketika kejadian

Demo daripada mereka berdua bagaimana mereka menewaskan penjenayah berkenaan

Ketika kejadian, perompak yang bersenjata pistol telah berada di sebalik kaunter dan mengacukan pistol kepada kerani di hotel berkenaan dan meminta wang. Jaguh MMA, Brent Alvarez bersama pelajarnya Billy Denney yang berjalan di lobi hotel yang terdengar jeritan kerani berkenaan segera bertindak dengan menyerbu ke arah penjenayah itu dan Billy mengunci pergelangan tangan penjenayah terbabit manakala Brent pula mengunci lehernya dari belakang. Mereka menahan penjenayah terbabit sehingga polis tiba.


KLIK SINI untuk artikel dan rakaman CCTV di hotel berkenaan.

Sentiasalah berwaspada dalam apa jua keadaan. Ilmu di dada bukan sekadar untuk dipertandingkan, tetapi sebagai persediaan menghadapi dugaan yang bakal datang.

No comments: