Gambar ihsan: Yahoo Finance
Assalamualaikum.....
Francais makanan segera boleh didapati di seluruh dunia, tidak kiralah apa jenama sekalipun. Walaubagaimanapun, menu ini hanya boleh didapati di francaisnya yang tertentu sahaja.
Sebagaimana yang diulas di laman Main Street, francais makana segera tidak akan berdiri sebagai jenama global jika hanya bertumpu pada menu yang sama di setiap negara. Adalah perlu bagi mereka memahami dan mengikuti citarasa masyarakat setempat. Dengan itu, strategi pemasaran yang dipanggil 'localization' digunakan untuk membolehkan mereka terus berada dalam pasaran di negara berkenaan. Contohnya, di negara kita, menu bubur ayam keluaran McDonald's dan Chunky Loaded Pizza keluaran Pizza Hut.
The Meat Monster (Burger King, Jepun) - Hanya terdapat di Burger King di Jepun. Selain bakon, keju dan tomato, pihak Burger King di Jepun menambah dada ayam dalam hidangan ini.
McVeggie (McDonald's, India) - McDonald's bukanlah satu destinasi pilihan buat vegetarian. Keadaan berbeza di India disebabkan ajaran agama Hindu yang tidak membenarkan makan daging dan babi. Oleh yang demikian, ramai yang menjadi vegetarian. Disebabkan keadaan ini juga, McDonald's di India tidak menghasilkan produk hamburger. Sebagai tambahan, selain Filet-O-Fish, menu lain seperti Chicken Maharaja Mac dan McVeggie diperkenalkan.
McZuri (McDonald's, Switzerland) - Pihak McDonald's di sini cuba memasarkan menu baru yang lebih bercirikan tempatan. McGrillschnägg ialah menu sosej dengan daging babi Swiss (Swiss pork), tetapi menu McZüri dengan 100% daging lembu lebih menonjol. Isi lain dalam McZuri ialah cendawan dan bawang karamel.
Paneer Tikka Sub (Subway, India) - Satu lagi menu untuk vegetarian selain yang terdapat di McDonald's. Sebagai tambahan kepada menu sandwich sedia ada, turut diperkenalkan ialah tandoori ayam dan tikka sub.
Krushers (KFC, Germany) - Jika di Amerika, KFC banyak bertumpu pada menu ayam dan jauh daripada membuat menu yang kreatif pada menu pencuci mulut. Berlainan pula di negara seperti Australia, Germany, South Africa dan negara lain yang menawarkan minuman pencuci mulut dikenali sebagai Krushers, yang didatangkan dalam perisa mangga, strawberi, Kit Kat dan Triple Choc Crunch. Minuman ini turut dicampur dengan ketulan buah atau gula-gula seperti buah strawberi yang dipotong dan biskut Oreo selain straw disediakan dalam saiz yang lebih besar.
Bubur Ayam McD (McDonald’s, Malaysia) - Terdapat bubur ayam, bawang, hirisan halia, bawang goreng, dan potongan cili. Hidangan tradisional Malaysia.
Trio Supremo (Burger King, Brazil) - Menu ini didatangkan dengan nuget ayam, potongan bawang dan French fries yang disalut keju cheddar dan sedikit bakon.
Chunky Loaded Pizza (Pizza Hut, Malaysia) - Pizza ini terdapat 10 lapisan termasuk 2 lapisan sayur panggang, lapisan daging pilihan sama ada sosej ayam, ayam salami, lof ayam atau daging cabanossi dan topping keju mozarella dan jalur tortilla.
Rugby Combo (Wendy's, New Zealand) - Rugby Combo adalah menu edisi terhad menampilkan burger dengan bakon, telur dan ubi bit. Hidangan sampingannya terdiri daripada kentang goreng manis.
The Hot Blondie (Burger King, Netherlands) - Keadaan begitu berbeza di Netherlands berbanding di Amerika kerana di sini pengunjung dapat menikmati Hot Blondie, brownie perang muda dengan coklat putih yang melekit dan aiskrim vanila yang sememangnya sungguh menyelerakan.
KLIK SINI untuk ke artikel penuh.
2 comments:
wahh.. tak pernah tau! semuanya nampak menarik. Malaysia punya je cam unik sebab bubur.. hehe
The Hot Blondie tu......pergh...kalau le ade kat sini..... mau aku order 10 kang...
Post a Comment