Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum...
Ini adalah sambungan artikel yang sama dari Bahagian 1.
Langkah pencegahan
a) Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan adalah penyebab paling penting bagi diabetes jenis 2. Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidap diabetes jenis 2. Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan berat badan yang sihat.
Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat. Mengurangkan tujuh hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidap diabetes jenis 2.
b) Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2. Bagi setiap dua jam anda duduk menonton televisyen tanpa melakukan kegiatan lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus. Menggiatkan otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas el-sel pembuat insulin anda.
c) Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2. Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai dan kuih-muih. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik. Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.
d) Makanan tambahan berkhasiat. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes. Contoh khusus nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah ang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa - vanadil sulfat, kromium, biotin, vitamin B1, B6, B12, niacinamide, vitamin C, vitamin E, mangan, zink dan selenium. Asid Alfa Lipoik (ALA) juga terbukti dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes, demikian juga kepada pesakit pradiabetes. ALA digunakan lebih 30 tahun di Jerman untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) bagi mereka yang menderita diabetes (jenis 1 dan 2). Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa ALA mencegah diabetes bagi mereka yang berbadan gemuk dengan mengurangkan pengumpulan lipid dalam tisu lemak.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan informasi berguna kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga demi memenuhi tanggungjawab sosial. Harap FORWARD kan artikel ini kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan ikhlas dari anda untuk mereka semua.
5 comments:
suasah betul nak tolak..nasi lemak dengan teh tarik...;d
alahai...nasi lemak mmg makann kegemaran BM4... baru smlm kot makan nasi lemak... -.-''
ohh sememangnya nasi lemak ialah menu yg hard to resist! :-)
nasi lemak memang kegemaran nelly !
=.=
sedapnya kalau dapat makan nasi lemak. lapar pulak. haha. kakak saya hari2 buat teh tarik untuk husband and anak2 dia. ish3.
Post a Comment