MY FOLLOWERS

Monday, November 21, 2011

Artikel - Menulis Entri: Widget Hanya Memberatkan Loading Blog

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....


Saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh blogger Hasrul Hassan di blognya yang menyentuh mengenai bagaimana sesebuah blog itu menjadi lembab ketika proses loading. Anda boleh membacanya DI SINI.

Pada hemat saya, mungkin sesetengah orang inginkan supaya blog mereka kelihatan cantik sebagaimana dikehendaki. Adakalanya kelihatan cantik seperti taman bunga dengan penunjuk tetikus yang berkilauan, latarbelakang bergambar, diiringi muzik yang adakalanya tidak dapat di-off-kan oleh pengunjung serta beberapa lagi widget atau hiasan yang mungkin kurang diberi perhatian oleh pengunjung.

Disebabkan mengambil kira faktor-faktor sebeginilah saya mengambil keputusan hanya meletakkan widget yang perlu sahaja. Bagi saya blog tidak semestinya perlu kelihatan fancy kerana yang penting adalah kandungan yang disampaikan oleh si penulis blog berkenaan. Tidak kiralah dari manapun sumbernya, adakalanya kewujudan widget membuatkan blog kelihatan berserabut.

Perkara sebegini mengingatkan saya sewaktu membuat kerja kursus ketika di sekolah dahulu. Guru kami agak marah dengan kebanyakan pelajar yang terlalu suka menghias kulit depan dengan berbagai hiasan sedangkan markah untuk kulit hadapan hanyalah 1 markah, tidak kiralah bagaimana rupanya sekalipun. Sejak daripada itu, ramai tidak lagi membuang masa membuat kulit hadapan yang terlalu cantik.

Pengajarannya, letakkanlah hanya yang perlu di blog agar lebih memudahkan pengunjung membacanya.

1 comment:

Run Away said...

betul juga ni..kalau terlalu byk letak jadi loading lambat...;d