MY FOLLOWERS

Wednesday, November 23, 2011

Sekadar Luahan - Tiada Baiknya Dengki...

Kredit kepada: Nurulbadiah Lai
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Saya sentiasa terkilan bila ada manusia yang bersikap dengki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Terfikir, apa salahnya memiliki kelebihan sedemikian dan menggunakannya sekurang-kurangnya untuk diri sendiri? Kadang-kadang terasa kasihan dan bersimpati terutama apabila membaca luahan penulis blog ini yang tidak sudah-sudah didengkikan orang.

Mungkin bagi pandangan kita dan sesetengah pihak yang menghargai kelebihan kurniaan-Nya yang terdapat pada diri orang lain, tidak timbul perasaan negatif bila berhadapan si empunya diri berkenaan.

Bagi yang berfikiran waras, pasti mengundang perasaan marah apabila berdepan dengan manusia-manusia yang bersikap hasad dengki terhadap apa yang orang lain ada. Pasti si pendengki akan dikecam dengan pelbagai kutukan dan adakalanya diserang dengan kata-kata kesat. Itulah sekurang-kurangnya.

Fikirkanlah secara positif. Allah menciptakan perasaan ini dalam diri manusia untuk digunakan sebagai pendorong atau motivasi agar sentiasa berusaha dengan cara yang baik, untuk menjadi yang terbaik dan bukan sebaliknya.

Kepada si pendengki, fikirkan. Apakah orang yang didengki itu sentiasa lebih baik daripada semua orang dalam segala hal? Daripada anda sendiri? Tidak semestinya. 

Fikirkan juga 3 perkara ini:
Apa yang anda ada lebih daripada orang yang anda dengki itu?
Apa yang anda buat untuk menjadi lebih baik daripda orang yang anda dengki itu?
Apa yang anda dapat bila anda dengki padanya? Apa hasilnya? 

Tiada hasil? Buang masa sahajalah kalau begitu...

Ingat! Sentiasa ada manusia yang lebih baik lagi. Dunia ini sentiasa berputar dan kita tidak akan sentiasa berada di atas. Akan sampai masanya nanti, kita akan merasai pula berada di bawah kerana ada orang lain akan berada di atas pada masa itu... dan seterusnya.

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali Rasulullah s.a.w. sahaja.

No comments: