MY FOLLOWERS

Tuesday, November 1, 2011

Artikel - Batman Arkham City (Bhgn 2)

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum....




Penulis pernah menyiarkan bahagian pertama artikel mengenai permainan ini DI SINI sekitar Februari tahun ini. Sebagai berita terbaru, selain daripada Batman dan The Joker, turut didedahkan antara watak jahat lain yang turut terlibat dalam plot permainan ini ialah Catwoman, Mr Freeze, Bane, The Riddler dan The Penguin, Harley Quinn, Black Mask, dan Calendar Man. Catwoman dan Robin juga turut ditampilkan sebagai antara watak yang boleh dimainkan. Catwoman turut mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Misi sampingannya akan memaparkan karakter susulan. Berbeza dengan watak Dick Grayson dalam filem Batman Forever, alter-ego watak Robin kali ini ialah Tim Drake yang memiliki teknik tempur tongkat dan perisai.


Plot
Selepas insiden dalam Batman Arkham Asylum, Quincy Sharp selaku warden Arkham Asylum diangkat sebagi datuk bandar Gotham City yang baru. Rancangan pertamanya ialah mendirikan pusat tahanan penjenayah yang besar iaitu Arkham City dengan kawasan yang berlipat kali ganda lebih luas bagi menempatkan segala penjenayah agar mereka dapat bergerak bebas dan saling berbunuhan. Menyedari Catwoman sendiri dalam bahaya, Batman mula bertindak dengan caranya sendiri.


Permainan

Permainan ini menyediakan watak Batman dengan teknik tempur pelbagai selain penggunaan gajet seperti Batclaw, Line Launcer dan Explosive Gel serta mod Detective bagi mengesan musuh dalam pandangan X-Ray sambil menjalankan siasatan dan analisis. Mod Predator akan membolehkan pemain memburu mangsa dalam keadaan sukar dikesan.

Terdapat juga sebanyak 400 misi sampingan iaitu teka-teki The Riddler yang memerlukan pemain mengutip pingat tersembunyi di sekitar Arkham City bagi menyelamatkan mangsa tebusan.















KLIK SINI untuk paparan penuh.


Saksikan video ini.

No comments: