MY FOLLOWERS

Monday, November 7, 2011

Sekadar Luahan - Keluhan Mengenai Gaji Rendah Bagi Guru Sekolah Swasta

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: -


Assalamualaikum.....

Inilah satu lagi cerita yang sampai kepada penulis daripada pencerita yang terlibat dengan sekolah berkenaan. Panjang sebenarnya ceritanya, sesekali si pencerita juga mengeluh ketika bercerita sambil asap berkepul-kepul dihembus.

Diceritakan, bukan setakat ibu bapa, gurunya sendiri malah bekas-bekas guru juga mengeluh dengan gaji kecil yang tidak munasabah yang dibayar oleh sekolah swasta. Pihak majikan boleh sebut apa sahaja mengenai matlamat penubuhannya. Adakalanya lembut sahaja, sedap telinga mendengar.. Letaklah apa sahaja matlamat yang baik sebagai objektif penubuhan sekolah tersebut, pasti maklumbalas positif akan diterima. Sekalipun bermatlamat untuk membentuk akidah dan menekankan pada perlaksanaan sesuatu tanggungjawab dalam mendidik, ia masih tidak mampu mengekang perpindahan guru di sekolah berkenaan dari semasa ke semasa. 

Kenapa? Sebab masalahnya masih sama - gaji yang sangat rendah. Baca petikan Shoutbox di bawah:



Cubalah fikirkan - dalam kehidupan, berapa banyakkah wang yang mengalir keluar untuk menampung keperluan seharian? Keperluan setiap keluarga adalah berbeza antara sebuah keluarga dengan yang lain. Sekalipun yang masih bujang, dengan gaji yang tidak munasabah ini, apakah yang dapat ditampung? Berapa banyak yang boleh disimpan dalam sebulan? Atau adakah gaji tersebut akan habis sebelum tiba hujung bulan?

Kalau majikan (ini) sudah tahu masalah semasa seperti harga barangan naik dan tahap keperluan yang meningkat, kenapa mesti masih bertegas membayar gaji kecil kepada pekerja? Lebih mengecewakan, baru-baru ini sudah heboh pula mengenai pembukaan cawangan baru sekolah ini! Ramai yang akan fikir, "Eh.. gaji cikgu dia pun tak mampu nak bayar lebih, kenapa bukak cawangan baru pulak?" Bukankah begitu??

Perjelaskanlah, katalah apa sahaja untuk buatkan orang faham keadaan syarikat (sekolah) tetapi di akhirnya jika tidak ambil tindakan berkenaan hal ini (gaji), adakah masalah gaji ini akan selesai dengan sendirinya? Jika tiada tindakan, bermakna kata-katanya hanya akan menjadi cakap tak serupa bikin. Dan masalah pertukaran guru akan sentiasa berterusan sampai bila-bila.

Mulut manusia akan sentiasa berkata-kata selama mana mereka tidak bisu (maaf). Cerita akan sampai kepada masyarakat di luar sana tanpa dapat disekat. Jika tiada sebarang tindakan, akan sampai juga di suatu masa nanti, tiada siapa akan isi jawatan kosong di sekolah berkenaan sesudah mengetahui jumlah gaji yang akan dibayar. Dikhuatiri juga akan timbul lagi keadaan seperti di lokasi yang dinyatakan dalam Shoutbox di atas.

Setiap masa akan ada yang datang ke sekolah berkenaan untuk mengisi jawatan kosong sebagai tenaga pengajar di sekolah berkenaan. Penulis terfikir - sekiranya diberitahu kepada calon temuduga berkenaan gajinya hanya tiga angka bawah seribu, daripada 10 orang yang datang, berapa ramaikah akan segera balik dan membatalkan kedatangannya??

Kepada pihak yang berkaitan, janganlah hanya tahu menekan pada guru anda tentang tanggungjawab mendidik, fikirkan juga mengenai gaji guru mereka. Bukankah membayar gaji yang sepatutnya juga tanggunggjawab majikan? Jika tidak mampu membayar lebih, usahlah buka sekolah. Usahakanlah perkara lain yang lebih menguntungkan semua pihak.

Ini baru bab gaji, belum lagi bab lain .....

No comments: