MY FOLLOWERS

Tuesday, November 22, 2011

Artikel - Menulis Entri: Meletakkan Video

Kredit kepada: HH, Bloggers
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Kebanyakan penulis blog meletakkan video yang terdiri daripada rakaman atau klip lagu yang diambil dari Youtube. Petua untuk meletakkan video ini pernah dikongsikan oleh Hasrul Hassan di blognya. Anda boleh KLIK SINI untuk melihat entri berkenaan.

Apa yang saya tuliskan di sini hanyalah pendapat dan kaedah saya sahaja. Maka terpulanglah kepada anda untuk menilainya. 


Saya lebih suka mengambil kod (embedded code) yang disediakan di Youtube kerana lebih memudahkan saya untuk memasukkan video dalam entri yang saya ingin paparkan. Bagi yang tidak berpengalaman atau tidak tahu, apa yang anda perlu buat ialah pergi ke halaman video yang anda ingini dan klik pada butang Share di bawah video berkenaan. Seterusnya, ruangan kod beserta butang Embed akan dipaparkan. Anda boleh lihat pada anak panah merah dalam gambar di atas.


Anda cuma perlu copy-paste kod ini (anak panah atas) ke dalam entri anda. Lihat pada saiz yang diberi secara asasnya ialah 560 (width) dan 315 (height). Jika anda merasakan saiz ini terlalu besar, anda boleh preview entri anda terlebih dahulu sebelum mengubah saiz berkenaan secara manual di ruangan entri anda. Terpulang kepada anda untuk menentukan kesesuaiannya mengikut saiz lebar ruang utama entri. Bagi saya, video lebih sesuai dipaparkan dalam saiz 450 x 350px atau 400 x 300px. 

Satu cara lagi, anda boleh terus menggunakan ruang Custom di Youtube (anak panah bawah) dan sistem akan berikan saiz yang sesuai secara automatik. Anda boleh lihat pada embedded code berkenaan, saiznya turut ditukar. Copy-paste kod ini ke dalam entri anda. 

Selamat mencuba :-)

No comments: