MY FOLLOWERS

Tuesday, August 16, 2011

Artikel - Rahsia Ubun-ubun Yang Disebut Dalam Al-Quran

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Gambaran otak manusia bahagian depan yang disebut Allah dalam al-Quran al-Karim dengan kata Nashiyah (ubun-ubun). Al-Quran menyifatkan kata Nashiyah dengan kata kadzibah khathi'ah (berdusta, yang bersalah). Allah berfirman, "(Iaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka." (Surah al-'Alaq: ayat 16). 


Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut derhaka sedangkan ia tidak berbuat salah?

Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahawa tugas bahagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. "Kalau seseorang itu hendak berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau seseorang itu hendak berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun. "

Kemudian ia memaparkan masalah ini menurut beberapa pakar ahli. Di antaranya adalah Prof. Keith L Moore yang menegaskan bahawa ubun-ubun merupakan penanggungjawab atas pertimbangan-pertimbangan yang tertinggi dan pengarah perilaku manusia. Sementara organ tubuh hanya patuh yang melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di ubun-ubun.

Dengan mempelajari susunan organ bahagian atas dahi, maka didapati bahawa ia terdiri daripada salah satu tulang tengkorak yang disebut frontal bone. Tugas tulang ini adalah melindungi salah satu cuping otak yang disebut frontal lobe. Di dalamnya terdapat sejumlah pusat neorotis yang berbeza dari segi tempat dan fungsinya.

Lapisan depan merupakan bahagian terbesar dari frontal lobe, dan tugasnya berkaitan dengan pembentukan keperibadian individu. Ia dianggap sebagai pusat tertinggi di antara pusat-pusat tumpuan, berfikir, dan memori. Ia memainkan peranan yang berstruktur bagi kedalaman sensasi individu, dan ia mempunyai pengaruh dalam menentukan inisiasi dan kognisi.


Lapisan ini berada tepat di belakang dahi. Maksudnya, ia bersembunyi di dalam ubun-ubun. Dengan demikian, lapisan depan itulah yang mengarahkan sebahagian tindakan manusia yang menunjukkan keperibadiannya seperti kejujuran dan kebohongan, kebenaran dan kesalahan, dan seterusnya. Bahagian inilah yang membezakan di antara sifat-sifat tersebut, dan juga memotivasi seseorang untuk berinisiatif melakukan kebaikan atau kejahatan.

Ketika Prof. Keith L Moore menjalankan kajian bersama kami seputar mukjizat ilmiah dalam ubun-ubun pada seminar antarabangsa di Kaherah, ia tidak hanya bercakap tentang fungsi frontal lobe dalam otak (ubun-ubun) manusia. Bahkan, perbincangan berlarutan kepada fungsi ubun-ubun pada otak haiwan dengan pelbagai jenis. Ia menunjukkan beberapa gambar frontal lobe sejumlah haiwan sambil menyatakan, "Penyelidikan komparatif terhadap anatomi manusia dan haiwan menunjukkan kesamaan fungsi ubun-ubun."

Ternyata, ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengarah pada manusia, sekaligus pada haiwan yang mempunyai otak. Seketika itu, kenyataan Prof. Keith mengingatkan saya tentang firman Allah, "Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. " (Surah Hud: ayat 56)

Beberapa hadis Nabi s.a.w. yang berbicara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi s.a.w., "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu ... "

Juga seperti doa Nabi s.a.w., "Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya ..."

Juga seperti sabda Nabi s.a.w., "Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya, hingga ke hari Kiamat."

Apabila kita menyandingkan makna nas-nas di atas, maka kita membuat kesimpulan bahawa ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan kawalan perilaku manusia, dan juga perilaku haiwan.


Sumber

2 comments:

LindaLittle said...

info menarik bagi saya....pelihara lah ubun-ubun...tu sebab membasahkan ubun-ubun ketika wuduq itu wajib...mmmm ..tq :)

Anonymous said...

ianya salah satu keajaiban Allah s.w.t yg tidak aka didedahkan oleh saintis barat kpd umum kerana inilah bukti biologi yg terhebat; istilah sains "pituitary gland" dan "pineal gland" (atau "3rd Eye"atau "the seventh chakra") ianya antara 2 benda yg mula2 sekali terbentuk bila sperma & ovum disenyawakan, ada fehem ummu sumaiyah?
de Vibratore Corpora Cavernosa