Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Seorang lelaki Mexico dibebaskan daripada tuduhan jenayah rogol selepas bukti DNA yang baru dikemukakan. Bukti ini membebaskannya selepas berada 20 tahun dalam penjara. Angel
Gonzalez, kini berusia 41 tahun menjalani hukuman penjara selama 40 tahun atas tuduhan serangan seksual dan penculikan pada tahun 1994 dalam satu kes jenayah rogol seorang wanita di Illinois. Menurut pejabat peguam Lake County State Attorney Michael G. Nerheim, teknologi ujian forensik sementara yang ketika itu belum lagi ada, kini menunjukkan profail DNA dua lelaki yang ditemui pada seluar dan barangan peribadi mangsa menunjukkan tidak ada satu pun yang sepadan dengan DNA pesalah. Angel belum dibebaskan lagi ketika itu kerana masih menjalani hukuman tambahan 3 tahun kerana merosakkan sinki ketika di awal tahanan.
Dua lelaki menculik wanita tidak dikenali dari pangsapurinya dan diserang secara seksual di belakang halaman rumahnya. Mangsa memberitahu penjenayah berkenaan memandu kenderaan model lama, warna gelap jenis sedan 4 pintu dengan cermin gelap. Pegawai penyiasat mencatatkan nombor plat kenderaan milik Gonzalez kerana ia ditinggalkan di pangsapuri itu pada malam kejadian. Selepas jam 1 pagi, Gonzalez ditahan, digari dan dibawa ke kereta peronda. Mangsa dalam kereta peronda lain mengenalpastinya sebagai perogol pada malam kejadian. Gonzalez ketika itu hanya bertutur sedikit Bahasa Inggeris dan berusia 20 tahun berkata dia dan teman wanitanya melawat kakaknya yang tinggal di pangsapuri itu namun polis enggan menyiasat alibinya ketika itu.
Kemudian 4 saksi hadir di perbicaraannya mengesahkan dia datang ke pangsapuri kakaknya namun masih disabitkan kesalahan. Dia disuruh menulis kenyataan kejadian itu dalam bahasa Sepanyol selepas soal siasat selama 9 jam. Selepas mendapati pengakuannya bertentangan dengan fakta kes, pegawai siasatan menulis pengakuan dalam bahasa Inggeris yang tidak dapat dibaca.
Pejabat Nerheim begitu komited dalam menyiasat kes ini dan menjejaki perogol sebenar. Projek Innocent mencabar tuduhan berkenaan dan Gonzalez bakal dibebaskan selepas didapati tidak bersalah.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment