Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Sedikit info yang dikutip dari Facebook.
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah
disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di
tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49,
menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi
di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat
Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi
majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi
wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila
mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga
turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib
dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi
junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap
orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika
tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja
aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati
dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota
badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja
aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan
yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat
hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan
atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1
anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia
mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air
keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada
pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika
kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku
pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke
badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang
mandi.
Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah
yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu,
seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia
hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya
terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib
orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna
itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini
berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam
hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu
berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab-sebab
seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,
sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan
perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar
air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
anak (wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan
menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan
tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak
semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika
ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan
pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk
sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur
adalah makruh.
No comments:
Post a Comment