Kredit kepada: Om Fabulous
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Perkataan
"ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa
maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis
yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital". Pada peringkat awal,
"ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang.
Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara
yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada
hospital perubatan bergerak tentera.
"Ambulance", dalam Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar
1798, juga merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan
pengangkutan perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di
Perancis sekitar waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey
memperkenalkan perkhidmatan "flying ambulance" yang direka untuk
membawa keluar para askar yang tercedera dari medan perang untuk rawatan
semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya yang menunggu sehingga
pertempuran berakhir.
Menjelang pertengahan abad ke-19, "ambulance" dikembangkan penggunaannya
untuk merujuk kepada sebarang kenderaan yang digunakan untuk membawa
askar yang tercedera di medan perang ke hospital tentera.
No comments:
Post a Comment