MY FOLLOWERS

Sunday, February 27, 2011

Paranormal - Perlindungan Terhadap Gangguan Jin

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

  • Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin dekat dengan Allah, maka syaitan akan semakin menjauhinya.


Mengucapkan 'bismillah' pada setiap kesempatan, iaitu ketika:
  • Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
  • Terjumpa sesuatu di atas tanah.
  • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.


  • Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu pagi, petang atau pada waktu makan.
  • Tidak membunuh ular yang berada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  • Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina, yakni nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  • Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
  • Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan di tempat-tempat kotor.
  • Jangan menunaikan solat ketika matahari sedang terbit atau terbenam.
  • Jangan membuang air merata-rata atau di lubang binatang.
  • Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  • Hindarkan daripada melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Rujukan:
  1. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad, Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.
  3. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services.

Paranormal - Nama-nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Surah al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat. Sekiranya cacat bacaannya, maka akan rosaklah solat yang dikerjakan. Oleh itu, setiap orang Muslim perlulah sentiasa memperbaiki bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaan sahaja yang rosak sekiranya dibaca dengan tidak betul, malah kita juga akan tersebut nama syaitan pula ketika bersolat tanpa kita sedari.



Berikut adalah nama-nama syaitan yang terdapat dalam surah al-Fatihah:

DU LI LAH (bila dibaca tanpa sabdu) - sepatutnya DULILLAH
 
HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya HI ROB

KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KI YAU

IYA (bila disebut tanpa sabdu) - sepatutnya IYYA. Perkataan IYA bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke-5, jika tersalah membacanya (menyebut IYA), ayatnya akan menjadi bermaksud "Kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan".

KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KA NAK

KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI ........ sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti..

Kata AMIN sesudah bacaan al-Fatihah mesti dibaca dengan betul iaitu sebutan 'AA' panjangnya 2 harakat, dan sebutan 'MIIIN' panjangnya 3 harakat.

Sekadar Luahan - Tidur Dalam Tandas a.k.a. Penat !! (Hahaha...)

Credits to: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

 
Bekerja dalam apa sahaja bidang, kita tidak dapat lari daripada rasa penat. Saya masih ingat lagi bagaimana saya kadangkala terpaksa 'mengelat' juga ketika bekerja kerana penat. Lebih memenatkan jika setiap kali adanya kejohanan (tournament). Waktu itu saya masih bekerja sebagai Petugas Khidmat Pelanggan di Pusat Bowling di Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu sekitar penghujung tahun 2008.

Asalnya tidak pernah terlintas untuk melakukannya. Hanya setelah ada di kalangan kawan sekerja :-) yang memberitahu sedemikian, barulah saya lakukannya. Sekali-sekala apabila penat, saya akan ke tandas. Bukannya untuk membasuh muka atau merokok (saya tidak merokok), tetapi untuk tidur sebentar! Sepanjang pengalaman, tidak pernah sekalipun 'kantoi'. Manakan tidak, tiada siapa pun akan laporkan pada senior jika berada sekitar 20 minit di tandas. Lagipun, mana ada sesiapa yang akan memeriksa apa yang kita buat ketika dalam tandas. (Faham-faham sendirilah..)



Hanya duduk menyangkung sambil bersandar di dinding, dan tiada siapa akan panggil buat selama 20 minit! (Hahahahahahahahahahahahaha ......)

Setiap individu perlukan sedikir waktu untuk merehatkan tubuh dan minda pada waktu-waktu tertentu. Tiada siapa pun di dunia ini mampu bekerja berterusan selama 8 jam tanpa henti selagi mereka bergelar manusia. Apatah lagi mesin yang diciptakan oleh manusia itu sendiri. Segalanya ada batas fitrah yang perlu dipatuhi.

Saya telah berhenti daripada bekerja di Pusat Bowling ini pada Februari 2009, iaitu 4 bulan sebelum berlakunya insiden runtuhan stadium berkenaan.

Saturday, February 26, 2011

Artikel - Larangan Meminum Khamar dan Kesan Akibat Meminumnya

Credits to: Family
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Sebelum ini, saya ada siarkan entri mengenai bahaya khamar yang turut disertakan beberapa hadis dan firman Allah s.w.t. berkaitan dengannya.

Sememangnya manusia dilarang sama sekali daripada meminum minuman beralkohol atau kata lainnya khamar atau arak, kerana ia mendatangkan kesan buruk ke atas tubuh badan seseorang individu. Ia telah diketahui umum sejak lama dahulu bahkan dalam al-Quran juga ada menyebut mengenai larangan meminumnya. Setiap agama di dunia ini juga melarang penganutnya meminumnya.

Istilah alkohol berasal daripada bahasa Arab al-kuhol, yang bermaksud 'sesuatu yang tersembunyi'. Ramuan utama minuman beralkohol ialah etanol. Etanol ialah sejenis bahan kimia yang berupaya menekan aktiviti otak, justeru mengubah kewibawaan akal fikiran. Penggunaan alkohol secara berterusan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan tolerans iaitu peminum terpaksa mengambil amaun yang semakin banyak bagi mendapatkan kesan yang serupa. Kesan lain ialah penagihan dari segi rohani dan jasmani. 



Selepas seseorang meminum arak, alkohol akan diserap masuk ke dalam perut. Namun begitu, jalan utama alkohol ini masuk ke dalam darah ialah melalui usus kecil. Seterusnya, alkohol akan dibawa ke jantung yang akan mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh bahagian dalam tubuh. Kesan utama pengambilan alkohol ialah pada otak. Di sini, alkohol memberikan kesan ke atas bahagian-bahagian yang biasanya berfungsi mengawal maruah dan disiplin diri sehingga menyebabkan peminumnya merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru,dan pergerakannya pula menjadi tidak terkawal. Peminumnya juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti.

Larangan agama sememangnya berasas. Selain  memabukkan, alkohol juga mendatangkan mudarat kpada kesihatan diri seseorang jika diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.


Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Kesannya boleh dikelaskan kepada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.

Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar.

Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut, kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid bagi perempuan.  Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan bunuh diri.



Kesan Kepada Otak

Selepas diminum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah.  Alkohol terus dibawa ke jantung yang akan mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke seluruh urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia dan berfungsi mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya, ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.


Kesan Kepada Perut

Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.



Kesan Pada Hati

Setiap kali seseorang meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut. Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.


Kesan Pada Saraf

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri.


Kesan Kepada Janin

Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.




Selain daripada kesan-kesan di atas, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

Peminum alkohol juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencatkan hormon penahan kencing. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. Bagi perokok yang meminum alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

Kesan pengambilan alkohol juga boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya. 

Perbandingan paras alkohol di dalam darah dengan kesannya terhadap otak


Bahaya alkohol juga amat ketara terhadap peminum alkohol kronik. Pengambilan alkohol secara berpanjangan boleh mengakibatkan komplikasi fizikal, kejiwaan, dan sosial. Selain daripada ulser perut, alkohol juga dikesan menyebabkan sirosis hati di Hospital Kuala Lumpur di antara tahun 1982-1988. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah, dan ketandusan vitamin). Otot-otot, rangka, dan jantung juga mengalami degenerasi dalam jangka masa panjang.




Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri. Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Justeru itu, jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya. Hanya manusia yang masih terus membebal!


Sumber
Larangan Meminum Alkohol
Kesan Pengambilan Alkohol

Friday, February 25, 2011

Artikel - Jodoh & Perkahwinan

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang, jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar. 




Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tidak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. 



Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 




Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. 



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Artikel - Perlunya Kehadiran Tuhan Yang Maha Pencipta

Credits to: Syok.Org
Gambar ihsan: Family, Yahoo Images


Assalamualaikum...

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden ‘New York Academy Of Sciences’ yang pertama kali terbit di dalam Reader’s Digest Januari, 1948, kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader’s Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran Tuhan Yang Maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan Maha Pencipta. Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusiaan dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.


Pertama: Dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling-syiling tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling-syiling tersebut dan gaulkan mereka kembali. Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya. Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari-hari dan malam-malam bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.


Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua-benua akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian daripada meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta-juta kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar-benar mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, Pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada, artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu-lagu cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.


Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian, menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar-agar mampu bergerak dan mendapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan.

Tetapi, siapakah yang telah mewujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan Maha Pencipta yang memasukkan naluri ke dalam haiwan. Ikan salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya, akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?
 

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia, dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan, semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak-anak belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal – menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.


Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi daripada naluri kehaiwanan iaitu keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin – keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat, ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil? Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mikroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung – hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.


Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini. Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak mempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar di mana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!


Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia. Sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya..

Sains pun membuktikan adanya tuhan..


Sumber: Perlunya Kehadiran Tuhan Yang Maha Pencipta

Sekadar Luahan - Tidur Dalam Tandas a.k.a. Salah Ejaan :-D

Credits to: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Dalam bidang penulisan, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris memang terdapat beberapa perkataan yang mungkin sama ejaan tetapi berbeza maksudnya. Sebahagian lagi mempunyai ejaan hampir serupa tetapi berbeza. Di sini ingin saya kongsikan secebis pengalaman saya dalam kelas darjah 3 dan darjah 5 minggu lalu.


Kebiasaannya setiap kali siap beberapa kerja yang telah diberikan, saya akan tandakan buku murid-murid. Kelas darjah 3 yang saya ajar pula terdiri daripada kalangan yang agak advance dan pandai juga. Dengar katanya, kebanyakannya anak-anak cikgu :-) Sewaktu memeriksa salah satu Buku Aktiviti murid (masa itu mengajar tajuk What's in the House?), saya memeriksa bahagian isi tempat kosong. Soalannya dalam buku berkenaan "Lili sleeps in a ___________ " dan alangkah terkejutnya saya bila tempat kosong diisikan dengan perkataan 'bathroom' bukannya 'bedroom'.

"Haa?! Tidur dalam bilik air?!" ramai yang ketawa. Saya cuma tahan sahaja :-D (hahahaha....) Di halaman lain buku berkenaan, ada pula yang tersalah isi tempat kosong bagi gambar dapur dengan ejaan 'kicthen' bukannya 'kitchen'. Lantas saya bertanya "Ni eja kitchen (dapur) ker chicken (ayam)?" ketawa lagi. Aduhhh...sakit betul! :-D


Saya kemudian meneruskan memeriksa buku lain seperti biasa.

Di kelas darjah 5, begitu juga kisahnya. Tajuk diajar berkaitan Saving Our Environment, mengenai bagaimana sampah dibawa ke tempat-tempat pelupusan yang berbeza. Pelajar perlu isikan tempat kosong dalam carta alir yang diberikan dalam buku latihan masing-masing. Ada petak perlu diisi 'open dump' tetapi seorang murid menulisnya kelihatan seperti ditulis 'open dumb'.

"Haaa???!!" Alamak! Terkejut saya..Terus saya betulkan walaupun perut sakit menahan gelak   :-)

Wednesday, February 23, 2011

Paranormal - Perihal Syaitan dan Jin Yang Perlu Diketahui

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Family, Yahoo Images


Assalamualaikum...


15 pintu syaitan yang ada pada diri kita:
  • Pintu marah
  • Cintakan dunia
  • Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
  • Panjang angan-angan
  • Rakus
  • Bakhil
  • Sukakan pujian
  • Riak
  • Ujub (merasa kagum)
  • Takut dan gelisah
  • Buruk sangka
  • Memandang rendah pada orang lain
  • Merasa suka pada dosa
  • Merasa aman daripada pembalasan Allah
  • Putus asa daripada rahmat Allah


15 senjata menghalang syaitan:
  • Membaca Bismillah (menjadi kunci kepada perbuatan baik)
  • Banyakkan berzikir
  • Banyakkan beristighfar
  • Baca 'La ilahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin'
  • Jangan tidur berseorangan
  • Baca doa pagi dan petang
  • Bersuci
  • Melaksanakan solat jemaah
  • Berwuduk sebelum tidur
  • Menutup aurat
  • Membaca doa sebelum masuk ke tandas
  • Banyak berselawat dalam hati
  • Bertaubat, beristighfar
  • Banyakkan membaca al-Quran
  • Membaca surah Yasin setiap pagi


7 rumah yang tidak dimasuki syaitan
  • Rumah yang bersih
  • Penghuninya membaca Bismillah ketika memasuki rumah
  • Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
  • Penghuninya jujur dan memenuhi janji
  • Penghuninya memakan makanan yang halal (dan mendapatkannya juga dengan cara yang halal)
  • Penghuninya mengekalkan silaturrahim (sentiasa mesra)
  • Rumah yang penghuninya berbakti kepada ibu bapa.

Paranormal - 10 Laluan Syaitan

Credits to: KOL
Gambar ihsan:Yahoo Images


Assalamualaikum...


Renungkanlah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada sebuah buku bertajuk "Apalah Ertinya Saya Menganut Agama Islam" hasil tulisan Fathi Yakan yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga daripada gangguan syaitan laknatullah. Beliau berkata, "Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia. Tiba-tiba ku dapati syaitan itu memasukinya dari 10 pintu:

Pertama - Tamak dan buruk sangka
Lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada-pada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua - Cintakan hidup dan panjang angan-angan
Lantas aku hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

Ketiga - Cintakan nikmat
Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat - Kagum dengan diri sendiri
Lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksa.

Kelima - Memandang rendah pada orang lain dan tidak menghormati mereka.
Lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam - Hasad dengki
Lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh - Riak dan sukakan pujian manusia
Lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan - Bakhil
Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allah kekal selamanya.

Kesembilan - Takabbur
Lantas aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

Kesepuluh - Tamak
Lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Paranormal - Cara Jin Masuk Ke Dalam Badan Manusia

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...


Jin adalah sejenis makhluk berbentuk udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian mana pun. Makhluk jin diciptakan daripada zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah:

"Dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah nyalaan api (yang tidak berasap)."
- Surah ar-Rahman: ayat 15


Dalam hal ini, Ibn Abbas berkata: "Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api."

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak. Melalui otak, dia dapat mempengaruhi bahagian mana sahaja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan daripada orang yang ahli tentang cara perubatan orang yang kerasukan jin yang memberitahu bahawa jin berada di dalam otak mereka.


Rujukan:
  1. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad, Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.
  3. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services.

Paranormal - Sebab-sebab Jin Memasuki Badan Manusia

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...

Bermacam-macam bentuk gangguan jin
  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu daripada anggota badan seperti tangan, kaki atau lidah.
  • Gangguan yang berterusan iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang untuk suatu tempoh yang sangat lama.
  • Gangguan seketika iaitu tidak lebih daripada beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.


Di antara sebab jin memasuki badan seseorang
  • Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  • Kerana kezaliman manusia terhadap mereka seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  • Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini, jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Kadangkala terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah kerana syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta. Keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas atau membunuh mereka padahal manusia itu tidak mengetahuinya.


Di kalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak sepatutnya. Keadaan ini sebagaimana juga yang kita temui dalam kehidupan manusia yang bodoh. Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah s.w.t. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan keji yang diharamkan.


Penjelasan seperti ini perlu disampaikan kepada mereka supaya mereka mengetahui bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutuskan kepada semua makhluk manusia dan jin. Kepada mereka juga harus dijelaskan bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka, maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin daripada mereka, malah hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


Rujukan:
  1. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad, Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.
  3. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services.

Tuesday, February 22, 2011

Animasi - Devil May Cry

Credits to: Youtube, Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...

Di kalangan peminat permainan video, Devil May Cry antara permainan yang mesti dimiliki. Siri permainan video ini dihasilkan oleh Capcom. Berikutan sambutannya yang menggalakkan sehingga dijual lebih 6 juta unit, siri animasi turut dihasilkan dan ditayangkan di saluran WOWOW TV di Jepun. Ia dihasilkan sebanyak 12 episod.



Dante, seorang pemburu syaitan menjalankan perniagaannya, Devil May Cry selain berusaha mengatasi masalah sentiasa dibebani hutang. Untuk menjalankan tugasnya, sesekali Dante juga mendapat bantuan daripada pihak lain. 


Trish, tidak sebagaimana Dante atau Lady yang menjejak syaitan, Trish berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain sebagai pemburu secara freelance. Lady seorang pemburu seperti Dante. Dia lebih banyak menghabiskan masa di pejabat Devil May Cry berbanding Trish. Memiliki skil akrobatik, selain mahir menggunakan senjata api dan bermain billiard. 



Patty Lowell pula berasal dari keturunan ahli sihir yang sangat berkuasa yang mengurung syaitan bernama Abigail. Kadangkala dia suka menghias pejabat Dante dengan riben dan permainan untuk menjadikannya lebih ceria. Seorang yang sukakan rancangan TV romantis dan satu-satunya pengaruh wanita buat Dante sewaktu ketiadaan Trish dan Lady. J.D. Morison adalah orang tengah yang mendapatkan tugasan untuk dilaksanakan oleh Dante. Selain itu, dia membantu Dante membaiki sekitar pejabatnya :-)


Monday, February 21, 2011

Kesihatan - Mengatasi Masalah Bau Badan

Credits to: White Pearl
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...

*hhmmmpphh!!!*


Masalah bau badan sering menghantui kehidupan kebanyakan orang kita. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Keadaan akan bertambah teruk jika kita seorang yang aktif dan cepat berpeluh. Bau yang tidak menyenangkan ini bukan saja boleh menjauhkan teman-teman tetapi juga merimaskan.

Cuaca juga boleh mempengaruhi bau badan. Badan akan tambah berpeluh jika panas terik. Mengapa terjadi bau badan ini? Bau badan terjadi kerana kekacauan pada kelenjar-kelenjar. Bulu dan rambut yang lebat juga boleh menambah bau badan.



Bagaimana menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan ini?  Faktor berat badan, usia, jantina, diet dan kesihatan menjadi penentu utama bau badan begitu juga dengan jenis makanan yang diambil, menyebabkan bau badan sama dengan makanan yang diambil.

Diet amat berpengaruh begitu juga jenis makanan yang diambil. Kalau anda gemar guna bawang putih dalam masakan sudah pasti ia mempengaruhi bau badan anda. Orang yang gemar makan daging mempunyai bau badan yang lebih kuat.

Sekiranya anda ingin menghilangkan bau badan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti kari, daging, bawang, putih. Paling penting ambillah makanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan buah-buahan.

Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan lemak seperti keju, barangan tenusu dan lain-lain lagi yang mempunyai lemak berlebihan. Kekurangan protein juga boleh menyebabkan bau badan. Keadaan ini terbentuknya racun bakteria menyebabkan ia keluar melalui peluh.

Ada juga orang mengaitkan bau badan dengan sembelit. Sebenarnya ia terjadi kerana terdapat sisa makanan yang tidak lawas di dalam usus. Racun bakteria beredar di dalam darah dan diserap melalui kulit. Bagi membersihkannya elok anda mengamalkan pengambilan yogurt. Ia membantu membersihkan usus dan memulihkan keseimbangan bakteria.




Stress menyebabkan anda mengeluarkan peluh. Begitu juga dengan perubahan hormon. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini dengan serius, elok menjaga pengambilan makanan mereka.

Panduan-panduan lain seperti jangan selalu mengamalkan makanan seperti bawang putih, susu, keju, daging, kari, kobis, petai, durian, kopi dan anggur. Lebihkan pengambilan ikan, sayuran hijau dan buah-buahan serta teh. InsyaAllah, dengan cara ini bau badan anda dapat diatasi.



Beberapa bulan yang lepas juga, Mekar terjumpa satu produk yang dapat menghilangkan bau badan. Harganya tidak sampai RM10 sekotak. Ada 3 keping tisu basah di dalamnya. Cara penggunaannya, sapu tisu basah ini di bahagian bawah lengan (selepas mandi). Lihat hasilnya selama 4-7 hari tiada bau yang kurang menyenangkan di bahagian tersebut. (Tempoh masa ini bergantung kepada metabolisme badan seseorang). Sesiapa yang berminat boleh dapatkannya di farmasi Guardian.


Sumber: Mengatasi Masalah Bau Badan