MY FOLLOWERS

Friday, December 7, 2012

Berita - Wanita Tewaskan Penceroboh Bersendirian!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum......




Bosan dan letih dengan pelakuan perompak yang mencuri bungkusan di rumah jirannya di San Francisco, seorang wanita bertindak sendiri melawannya.

Pada mulanya, wanita ini, Sonya Yu memasang perangkap dengan meletakkan satu bungkusan palsu. Apabila perompak berkenaan cuba mengambilnya, dia kemudian menyemburnya dengan semburan penghalau beruang (bear repellent) dan memukulnya dengan pedang kayu yang membuatkan perompak itu melarikan diri. Beberapa minit kemudian, perompak berkenaan ditahan pihak berkuasa tempatan.

Yu, seorang jurufoto menulis setiap perkembangan insiden berkenaan di akaun Twitter-nya.

Yu memaklumkan kepada pengikutnya di Twitter beberapa barangan telah dicuri oleh perompak berkenaan. Dia turut menyatakan perompak itu turut mengambil wang $1000 selain mensasarkan kawasan kejiranannya.

Pedang kayu itu juga dikenali sebagai bokken, digunakan dalam latihan pedang samurai.

Pada hari berkenaan sekitar 4.45 petang dia memaklumkan di Twitter dia telah menyemburnya dengan penghalau beruang dan 15 minit kemudian perompak itu ditahan oleh 4 orang anggota polis.

Yu turut menyatakan polis agak kagum dengan kaedahnya yang tidak ortodoks. Menurut satu kenyatan di laman REI, tempat Yu membeli semburan penghalau beruang, seperti juga penyembur lada, penghalau beruang ini mengandungi Capsaicin, Capsaicinoids, dan lada merah, campuran yang boleh menjejaskan mata dan sistem pernafasan.

Yahoo! Shine turut menghubungi Yu bagi mendapatkan maklumat berkenaan insiden itu, tetapi dia tidak memberikan sebarang komen. Namun dia mengucapkan terima kasih kepada semua di atas keprihatinan mereka tetapi menyatakan tidak mahu menghebahkan ceritanya kepada media kerana ia masih dalam siasatan polis. 

Walaupun ada beberapa jiran memuji tindakannya tetapi pihak berkuasa mencadangkan agar orang awam tidak sesekali cuba bertindak  berdepan sendiri dengan penjenayah.

Yu menegaskan dia selamat ketika kejadian dengan menyatakan perompak terbabit tidak cuba menyerangnya walaupun dia memang membawa sebilah pisau. Ketika itu dia berada di balkoni tingkat 1 rumahnya dan menyerang perompak itu dengan penyembur beruang. 


KLIK SINI untuk cerita selanjutnya.




No comments: