Gambar ihsan:Google Images
Assalamualaikum......
Amar pergi ke kedai haiwan peliharaan berdekatan dengan rumahnya. Setelah tiba di kedai tersebut, Amar pun mencari segala barang yang telah disenaraikan pada buku contengnyer.
Amar pun dengan teliti mengambil barang yang telah dia senaraikan seperti :-
1. Batu
2. Pam Nyawa
3. Air Clorox
4. Pokok Hidup dalam air
5. Orang berenang
Barang yang telah berjaya dia ambil seperti Batu dengan Orang berenang sahaja. Amar pun pergi berjumpa uncle di kaunter bayaran dan bertanya pada uncle tersebut :-
Amar : Uncle..Amar nak minta tolong, boleh tak uncle carikan barang dalam senarai ni?
Uncle : Boleh..Mari sini uncle tengok itu senarai. Hmm..1st Batu, adik sudah ambil. 2nd Pam Nyawa?
Amar : A'a..Pam Nyawa Amar xjumpa mana uncle letak. Uncle ada tak Pam Nyawa?
Uncle : (Ketawa kecil)..Uncle rasa adik mahu Pam Oksigen nih. Pam yang ini kan adik mahu?
Amar : A'a..Pam nih lar Amar nak, Pam Nyawa untuk ikan mas Amar.
Uncle : (Ketawa lagi)..OK, barang ke-3, Air Clorox.?! (Terkejut smbil melihat Amar).
Amar : Kenape uncle terkejut? tak btul ker? Air tu kan penting untuk ikan emas Amar.
Uncle : Hahaha..(Ketawa besar)..Itu bukan air clorox, adik mahu Anti-Clorin kan? Ini botolnya.
Amar : Ohh..Ini ker yang air uncle bagitau tuh, anti-clorin yer..hehehe..Amar taktau namanyer.
Uncle : Xper2..Skrg adik dah tau kan..Last skali, pokok hidup dlm air yer. Tunggu kejap yer adik.
(Uncle gi ke akuarium berdekatan ntuk mengmbil pokok tersebut dan tunjuk pada Amar)
Uncle : Pokok besar ini mcm ok ka adik?
Amar : Haa..Pokok hidup dlm air nih lar Amar cari dari tadi..Bagus lar uncle nih, Amar suka..
(Gembira)
Uncle : Wokeh..Itu saja kan? Uncle mau kira harga.
Amar : Yer itu saja...
(Uncle tuh mula amik satu2 barang ntuk dikira, smpai uncle pegang pokok, Amar menyampuk)
Amar : Eh..Uncle..Uncle..Amar lupa nk tanya..
Uncle : Ada apa adik?
Amar : Yg pokok nih kan..Braper kali nk kena siram air dalam satu hari..?
Uncle : (Kali nih dia mmg dah xtahan tgk telatah budak kecil ini)...Hahahahaha..~
SUMBER asal.
No comments:
Post a Comment