Gambar ihsan: Grind TV
Assalamualaikum....
Satu imej memaparkan seorang jurufoto bawah laut berdiri di dasar laut sambil mengambil foto sekawan ikan bergerak dan membuat pusaran seperti puting beliung telah mendapat perhatian meluas di Facebook selama berminggu-minggu. Terkini perincian di sebalik imej berkenaan turut dikongsi oleh Mission Blue. Jurufoto berkenaan ialah seorang saintis bernama Octavio Aburto dan imej berkenaan diambil di Cabo Pulmo National Park, sebuah kawasan rezab marin di Laut Cortez, Mexico di utara Cabo San Lucas. Penyelam yang bersama saintis ini ialah David Castro, salah seorang daripada keluarga yang mnguatkuasakan undang-undang dalam kawasan marin ini. Ikan yang berhimpun ini terdiri daripada spesis pemangsa yang mencari makan secara berkumpulan dan mampu berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
KLIK SINI untuk artikel penuh. Video juga disertakan.
No comments:
Post a Comment