Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner, Google Images
Gambar ihsan: Owner, Google Images
Assalamualaikum....
Masalah pada pemula ini mulanya tidaklah disedari sehinggalah tiba pada satu keadaan kenderaan sedikit sukar dihidupkan. Apabila kunci kereta dimasukkan dan dipulas (ON), enjin senyap seketika sebelum bunyi enjin mula kedengaran. Namun keadaan adakalanya lebih parah bila tiada langsung bunyi enjin apabila kunci dipulas dan jam digital pada papan pemuka (dashboard) malap atau tidak menyala langsung. Jika ada bunyi mengetap (ketap-ketap-ketap) berterusan bila kunci dipulas, itu bermakna bateri kenderaan yang bermasalah.
Apa perlu dibuat bila ini berlaku?
Mula-mula sekali, perlu diketahui sama ada anda memandu kenderaan jenis transmisi manual (manual transmission) atau transmisi automatik (auto transmission). Jika kenderaan digunakan adalah jenis manual, maka boleh terus ditolak ke bengkel dengan gear di kedudukan bebas (free) dan brek tangan dijatuhkan. Bagi jenis auto, kunci perlu dalam keadaan ON, gear di kedudukan neutral (N) dengan brek tangan dijatuhkan tetapi tindakan ini sangat tidak disyorkan kerana akan menjadikan kenderaan lebih mudah rosak selepas itu. Sekiranya anda sempat ke bengkel ketika ia masih boleh dipandu, maka teruslah ke bengkel untuk proses baikpulih.
Antara bahagian enjin yang turut perlu diberi perhatian dalam masalah seperti ini ialah bateri, alternator, pemula (starter) dan geganti (relay) kerana kesemua komponen ini saling berkait dalam sistem aliran elektrik sesebuah kenderaan.
Kedudukan starter dalam enjin (lihat anak panah)
Kedudukan geganti, dilekatkan pada badan enjin
Bagi sebuah kereta jenis Saga, pemula berada di bawah berhampiran enjin dan penapis udara (air filter), dan agak tersorok. Perlu dipastikan sambungan kabel merah, biru dan bumi dipasang dengan betul supaya enjin dapat dihidupkan.
Jika pemula sudah dibaiki maka sepatutnya enjin sudah boleh dihidupkan seperti biasa, tetapi anda masih perlu berikan perhatian pada geganti kerana arus elektrik akan mengalir dari pemula ke geganti dalam sistem elektriknya. Terdapat dua keadaan yang perlu diperhatikan di sini 1) apabila enjin dihidupkan, terus kedengaran bunyi enjin. Ini bermakna geganti juga dalam keadaan baik. 2) apabila enjin dihidupkan, enjin senyap seketika (mungkin beberapa saat) sebelum kedengaran bunyi enjin. Ini bermakna geganti dalam keadaan kurang baik dan menunggu masa untuk ditukar baru. Tindakan sebaiknya, jika sudah mula berdepan situasi (2) terus tukarkan geganti berkenaan.

1 comment:
Maaf cakap tapi tulisan warna kuning memang susah nak baca.
Post a Comment