Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Yahoo Games
Assalamualaikum.....
Kegilaan Okan Kaya pada permainan video Call of Duty: Black Ops II telah mencipta satu rekod baru.
Pengurus jualan di salah satu cawangan online yang berpusat di Sydney untuk syarikat 4Cabling telah mencipta rekod dalam Guinness World Record bagi marathon permainan video terpanjang iaitu bermian selama 135 jam permainan video Black Ops II.
Rekodnya telah memadamkan rekod bermain paling lama yang sebelum ini dipegang oleh pasangan pemain dari Kanada iaitu selama 120 jam dan 7 minit bagi siri permainan video Resistance keluaran Sony.
Kaya mengambil masa seminggu untuk mencipta rekod 135 jam dan 50 minit dan dia bermain berterusan dalam satu sesi tanpa henti.
Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Guinness, pemain dibenarkan untuk berehat selama 10 minit bagi setiap jam dan sebarang masa yang tidak digunakan turut diambil kira. Kaya tidak berehat selama beberapa sesi, membuatkannya berpeluang untuk tidur seketika dan kekal bersemangat bagi meneruskan permainan.
Bermain secara marathon tanpa diawasi boleh mengundang padah sebagaimana yang pernah terjadi sebelumnya. Pada bulan Julai lalu, seorang pemain dari Taiwan pengsan sebelum mati mengejut selepas bermain Diablo III selama 40 jam di kafe internet. Tahun lalu pula, seorang pemain dari Amerika menderita sakit embolisma pulmonari (pulmonary embolism) sewaktu bermain X-box selama 20 jam.
Percubaan memecahkan rekod sedia ada diawasi secara rasmi ketika Kaya bermain dengan pengawasan berterusan daripada krew yang terlibat dan ramai saksi. Kaya turut bersenam sekali-sekala selain menukar posisi duduknya dengan bangun dan duduk sewaktu bermain.
Di akhir sesi, Kaya berada di tempat ke-37 dalam permainan Black Ops II. Permainan ini turut memecahkan rekod jualan dengan mengutip $500 juta dalam masa 24 jam ia dijual.
KLIK SINI untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment