MY FOLLOWERS

Saturday, December 22, 2012

Artikel - Kapak, Rail Splitter: Sebahagian Lagi Imej Abraham Lincoln

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Sebelum ini penulis ada paparkan entri mengenai kisah di sebalik imejnya dengan topi stovepipe dan jambangnya. Kali ini penulis mengajak anda mengetahui sebahagian lagi berkenaan presiden Amerika Syarikat ke-16 ini.

Jika filem mengenai presiden ini lakonan Daniel Day-Lewis's bertumpu kepada tugasnya memimpin masyarakat Amerika dan menyeru mereka untuk bersatu, di sebalik itu Lincoln sebenarnya turut mempunyai reputasi sebagai seorang yang kuat fizikalnya. Ciri ini ada diketengahkan dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter. Berdasarkan maklumat daripada ahli sejarah biografi Doris Kearns Goodwin, "Team of Rivals," mereka menyifatkannya sebagai seorang yang sangat kuat ketika usia mudanya yang hanya boleh ditemui satu dalam seribu. Fizikalnya digambarkan lebih besar daripada usianya dan sentiasa bersama kapaknya sehingga usianya mencapai 23 tahun. 

Selain itu, presiden Lincoln pernah bekerja dalam pelbagai bidang daripada ahli pelayaran kepada pemotong kayu sebelum bekerja sebagai pembantu kedai. Kerja sebagai pembantu kedai juga ada digambarkan dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter. Dia tidak pernah berlawan dengan Indians tetapi pernah terkenal kerana bergusti dengan penggusti tempatan ketika di zamannya, Jack Armstrong dari New Salem, yang disifatkan Lincoln gagah seperti beruang Rusia. Walaupun bukan yang terbaik, tetapi sesudah itu mereka berdua menjadi kawan baik. Perlawanan itu disifatkan oleh sahabatnya yang lain sebagai satu titik perubahan dalam kariernya.


KLIK SINI untuk bacaan lanjut.


P/s: Patutlah... rupanya itulah dia, tahu bila tonton sahaja filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter.

No comments: