MY FOLLOWERS

Wednesday, December 5, 2012

Artikel - Harta Karun Dari Bangkai Kapal Sepanyol Ditemui

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....


Pegawai kebudayaan Sepanyol telah membenarkan 14.5 tan metrik harta karun dari bangkai kapal yang ditemui, buat kali pertama yang dianggarkan bernilai $500 juta selepas sebuah syarikat dari Amerika Syarikat melepaskan hakmilik ke atasnya selama 5 tahun.

Hanya sejumlah kecil barangan berkenaan yang ditayangkan kepada media iaitu 12 keping syiling perak, 2 kotak tembakau emas dan barangan gangsa. Pihak berkuasanya yang merekodkan inventori harta berkenaan semenjak ia diterbangkan dari Florida ke Sepanyol pada bulan Februari lalu berkata ia akan dipindahkan pada tahun ini dari Madrid ke National Museum of Underwater Archaeology di bandar Cartagena di Mediterranean. Tayangan rasmi dijangka diadakan pada tahun hadapan dengan sebilangan bahan diletakkan di atas tempat pameran berputar di muzium seluruh negara.

Walaupun dianggarkan berjumlah $500 juta, pihak berkuasa Sepanyol berkata mereka tidak berniat untuk menganggarkan jumlahnya kerana ia adalah sebahagian daripada khazanah warisan negara dan tidak boleh dijual sebagaimana termaktub dalam undang-undang Sepanyol.

"Ia sungguh bernilai," kata Elisa de Cabo, Pemangku Pengarah Warisan Negara di Kementerian Kebudayaan.

Sepanyol telah diberikan hak pemilikan ke atas harta karun berkenaan selepas pihak mahkamah menolak penjelasan Eksplorasi Marine Odyssey yang dikatakan pemilik kepada semua atau sebahagian besar harta berkenaan. De Cabo berkata pihak berkuasa Sepanyol masih dalam usahanya meyakinkan hakim di Tampa untuk meminta syarikat milik Amerika membayar segala kos.

Pihak berkuasa berkata berat harta karun itu bukanlah 17 tan sebagaimana dilaporkan sewaktu perdebatan di mahkamah kerana ia juga termasuk sejumlah berat air laut bagi memelihara keadaan syiling perak yang ada dalam kontena.

Maklumat dari inventori merekodkan sejumlah 574,553 syiling perak dan 212 syiling emas.

Odyssey kalah dalam setiap perdebatan dengan mahkamah persekutuan kerana pihak kerajaan Sepanyol telah melabelkan mereka sebagai lanun era moden. Pihak mereka turut menyatakan sudah membelanjakan sebanyak $2.6 juta bagi pengangkutan, penyimpanan serta memelihara harta karun berkenaan.


KLIK SINI untuk lebih lanjut.



No comments: