MY FOLLOWERS

Tuesday, December 25, 2012

Berita - Hari Pameran dan Portfolio KKKT Pada 18.12.2012

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Hari Pameran dan Portfolio telah diadakan di Studio SPS Tingkat 2 KKKT pada 18.12.2012. Pameran ini khusus diadakan bagi menunjukkan hasil karya dan hasil kerja para pelajar dari jurusan Lukisan Senibina LS1 hingga LS4. Antara hasil yang dipamerkan adalah model rumah, lukisan rendering, lukisan ortografik dan isometri bagi projek, contoh risalah dan poster. 


Puan Adoraina dan En Rohaimi


Sepatah dua kata pembukaan daripada Ketua Program SPS, Puan Nor Suraya Aini

 
Ucapan daripada Ketua Pengarah Kolej, En. Mohd Rohaimi

 




















Tetamu yang hadir pada pameran ini adalah daripada kalangan pelajar serta tenaga pengajar kolej. Majlis perasmian dimulakan dengan sedikit ucapan daripada Ketua Program Lukisan Senibina, Puan Nor Suraya Aini seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian disampaikan oleh Ketua Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Encik Mohd Rohaimi. Dalam ucapannya, beliau menyatakan pameran ini adalah yang pertama kali diadakan pada tahun 2012. Beliau mengharapkan dengan adanya pameran seumpama ini akan membantu melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang kreatif dan inovatif selain turut berharap semoga ia boleh diadakan lagi di masa akan datang. 

Sebelum mengakhiri majlis, beliau dijemput menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik setiap jurusan. Hadirin kemudiannya dipersilakan melihat bahan pameran sebelum menikmati juadah makan tengahari yang disediakan. Majlis berakhir sekitar 1.00 petang.

No comments: