MY FOLLOWERS

Saturday, December 22, 2012

Berita - English Choral Speaking di Dewan Besar KKKT Pada 11.12.2012

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned

Assalamualaikum.....
English Choral Speaking telah diadakan pada 11.12.2012 bertempat di Dewan Besar KKKT. Pelajar yang terlibat dalam persembahan Choral Speaking ini adalah terdiri daripada pelajar jurusan Lukisan Senibina, Kejuruteraan Automotif, dan Rekaan Fesyen. Setiap persembahan diperuntukkan masa selama 10 minit dan giliran persembahan adalah berdasarkan undian ketika acara bermula pada sebelah pagi. 



Lirik yang kena hafal :-)







Mengambil tema Malaysia, persembahan Choral Speaking ini adalah sebahagian daripada syarat wajib untuk semua pelajar lulus bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Skrip, pakaian dan gaya tubuh (gesture) adalah antara kriteria yang dinilai dalam setiap persembahan. Juri yang menilai adalah daripada pensyarah kolej ini sendiri dan seorang pensyarah dari universiti lain. Persembahan Choral Speaking ini telah dimenangi oleh penuntut dari jurusan Rekaan Fesyen kerana mendapat kutipan markah paling tinggi. English Choral Speaking ini berakhir sekitar 1.00 tengahari.

No comments: