MY FOLLOWERS

Saturday, December 22, 2012

Kesihatan - Merokok: Berhenti Saje Lahhh!!

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





Satu kajian dari Universiti Oxford ke atas wanita dan panjang umur mencadangkan satu bukti kukuh bahawa berhenti merokok dengan segera membantu memanjangkan usia seseorang. Pengkaji mengkaji gaya hidup dan tabiat merokok ke atas 1.2 juta wanita berusia antara 50 ke 69 tahun dengan separuh daripada mereka tidak merokok. Penemuan ini turut menyokong perlunya berhenti mengambil tembakau. Daripada kajian ini, mereka yang berhenti sebelum usia mencecah 40 tahun mengurangkan risiko mati pramatang sebanyak 90% dan mereka yang berhenti sebelum berusia 30 tahun mengurangkan risiko berkenaan sebanyak 97%. Dalam satu kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal Lancet bulan lalu menyokong kajian Oxford ini memutuskan wanita yang berhenti merokok boleh memanjangkan usia mereka sehingga seabad lamanya.

Salah satu alasan mengapa orang ramai masih meneruskan tabiat merokok mereka kerana takut dengan pertambahan berat. Menurut satu kajian daripada Yale University School of Medicine menunjukkan nikotin mengurangkan selera makan dengan cara merangsang saraf dalam otak dan mengurangkan lemak dalam badan. Sebelum adanya ubat yang membantu mengurangkan selera makan dengan kesan yang sama, pakar telah mengesyorkan beberapa petua seperti berikut:
  • Banyakkan minum air kosong hingga 8 gelas sehari.
  • Berus dan flos gigi selepas makan.
  • Kunyah kulit kayu manis. Ia tidak mengandungi kalori.
  • Ambil masa 10 minit untuk berehat dengan melakukan senaman. Ia membantu mengurangkan stres dan membakar sebahagian lemak dalam badan anda.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: