MY FOLLOWERS

Friday, December 7, 2012

Hidupan Liar - Beruang Polar Nie Seronok Sambut Harijadinya :-)

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA


Assalamualaikum.....







Ohh!! Sukanya!! :-)



Dalam suasana panas di Zoo San Francisco, dua ekor beruang polar ini bergembira menyambut hari lahir mereka pada bulan ini, dengan gaya yang tersendiri :-)

Pike, 30, dan Ulu, 32, mendapat hadiah mereka pada pertengahan November lalu apabila pihak zoo tersebut memberikan mereka 10 tan salji sejuk ke dalam habitat mereka. 

Sambutan berkenaan diberikan oleh pihak zoo kepada dua beruang ini berikutan usia mereka yang sudah tua kerana secara puratanya spesis ini hidup hanya separuh usia mereka. Ini menjadikan Pike dan Ulu antara beruang polar tertua yang pernah hidup dalam zoo di Amerika Syarikat. 

Pihak zoo juga menyediakan sedikit aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada acara harijadi mereka dengan menampilkan pemain hoki dari pasukan San Francisco Bulls, Hans Benson dan Chris Frank 'bergembira' bersama beruang polar ini dengan memukul bola hoki daripada ikan ke dalam kediaman mereka.  


KLIK SINI dan KLIK SINI untuk berita dan lebih foto.




No comments: