MY FOLLOWERS

Friday, December 7, 2012

Kesihatan - Buta Warna: Warna Yang Hilang dan Kesannya Dalam Kehidupan

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......




Kepada mereka-mereka yang menghadapi masalah buta warna, kehidupan dilalui pasti ada cabaran. Antaranya untuk mengetahui daging yang dimasak sudah masak sepenuhnya atau mengikuti peraturan lampu isyarat. Kesan lain yang lebih serius apabila ada di antara mereka tidak dapat memiliki kerjaya impian seperti juruterbang, kerana dikhuatiri jika tersilap membaca warna pendaratan akan menyebabkan ratusan nyawa menjadi taruhan.

Kini dalam kajian terbaru dan dengan bantuan alatan memungkinkan taraf hidup golongan ini yang terdiri daripada 8% lelaki dan 0.5% wanita daripada sejumlah 32 juta warga Amerika berubah menjadi lebih baik. Dengan bantuan teknologi seperti laman web dan aplikasi telefon pintar membantu 'mengesan' warna yang sukar dilihat. Pengeluar permainan video juga memperkenalkan "colorblind" modes dalam permainan yang dibina. Pengkaji juga kini giat melakukan ujian penglihatan yang lebih spesifik yang membolehkan sebahagian mereka mendapat pekerjaan yang diinginkan.

Ujian genetik yang dijalankan oleh Genevolve Vision Diagnostics, suatu hari nanti bakal membolehkan mereka mengetahui jenis buta warna seseorang pesakit secara tepat dan syarikat yang membina peralatan berkaitan berpeluang membangunkan peralatan yang sesuai buat pesakit.

Masalah buta warna ini nampaknya bakal menemui jalan penyelesaiannya. Saintis Vision, Jay Neitz dan rakannya di University of Washington telah berjaya menyelesaikan masalah buta warna bagi warna merah-hijau pada monyet tupai pada tahun 2009 dengan menyuntik gen yang hilang dalam virus ke dalam retina haiwan berkenaan. 4 tahun kemudian, haiwan berkenaan yang dinamakan Sam dan Dalton, masih lulus ujian penglihatan dengan mengenalpasti warna pada komputer dengan betul. Keadaan monyet ini semakin baik apabila dapat berkembang dengan mempunyai minat yang baru pada coklat M&M's yang berwarna hijau.

Beliau dan rakan sejawatnya masih mengusahakan terapi yang sama bagi kegunaan manusia tetapi masih ada halangan yang perlu diatasi. Mereka mengetahui ia adalah efektif namun masih belum pasti akan keselamatannya.





Kebanyakan mereka yang buta warna tidak sedar keadaan 'buta' ini, sehinggalah mereka memohon kerja yang melibatkan keperluan mengenal pasti warna dengan tepat. Sesetengah mereka yang menghidap buta warna pada tahap yang sederhana juga tidak berpeluang menjadi juruterbang, pengawal trafik udara, pegawai polis, juruteknik makmal dan juruelektrik atas sebab-sebab keselamatan.

"Masyarakat fikir anda mungkin hidup dalam dunia hitam dan putih seperti dalam tv dan ia tidak benar. Buta warna ada tahap yang berbeza daripada sederhana sehinggalah teruk," kata Terrance Waggoner, seorang perunding optalmologi untuk U.S. Navy.

Namun impaknya lebih daripada sekadar kehilangan satu warna. Mereka yang buta warna, contohnya warna merah, tidak dapat melihat warna itu dalam warna ungu, dia hanya akan nampak warna biru. Itu sebagaiman dinyatakan oleh Dr. Neitz. Oleh kerana campuran merah dan hijau menghasilkan coklat, mereka yang buta warna merah-hijau sering menghadapi masalah untuk mengenalpasti tiga warna ini.

Majoriti yang buta warna untuk melihat warna merah atau hijau disebabkan kecacatan genetik pada sel pengesan warna yang terletak di belakang mata. Hampir 75% daripada mereka tidak dapat melihat hijau manakala 20% tidak dapat melihat warna merah.

Walaubagaimanapun, kesan ke atas penglihatan menyamai gangguan yang dialami pesakit sama ada merah-hijau yang paling biasa dan dialami oleh 1 daripada 8 lelaki dan 1 daripada 230 wanita di utara Eropah.

Buta warna biru-kuning adalah sangat jarang dan ia berlaku pada usia lebih lewat, selalunya dipengaruhi faktor umur, penyakit, pengambilan ubat-ubatan atau kecederaan di kepala. Jenis yang lebih jarang ditemui dipanggil achromatopsia, sejenis kesukaran mengenalpasti sebarang warna.

Buta merah-hijau lebih kerap berlaku pada lelaki berbanding wanita kerana gen yang dibawa oleh kromosom X. Wanita mempunyai dua kromosom X dan salinan normal gen akan bertindakbalas ke atas gen yang defektif, tetapi wanita yang ada satu kromosom X yang defektif akan menjadi pembawa kepada keadaan buta warna. Setiap anaknya yang lahir akan mempunyai 50% peluang untuk membawa gen yang defektif ini. Dalam satu keluarga, buta warna merah-hijau secara tipikalnya akan menurun daripada salasilah datuk kandung kepada cucunya. Wanita hanya akan menghidap buta warna apabila menerima kromosom Xyang defektif daripada bapa yang menghidapnya selain ibu pembawa.

Pakar mencadangkan kanak-kanak melakukan pemeriksaan mata secara rutin termasuk melakukan ujian warna bermula pada usianya 3 dan 5 tahun. Sesetengahnya yang menghidap masalah mengenalpasti warna akan dilabel sebagai bermasalah dalam pembelajaran jika didapati tidak dapat mengikut arahan yang diberikan. 

Kebanyakan penghidap buta warna menyatakan mereka tiada masalah mengenalpasti warna yang tulen dan terang, cuma mereka sering berdepan kesusahan apabila membezakan warna yang bercampur atau yang di tengah-tengah.

Kanta lekap dan cermin mata yang khas untuk mereka yang buta warna mungkin berharga sehingga $700 diperbuat dengan kanta jenis gelap bagi menghalang cahaya daripada sampai ke mata. Pengeluarnya berkata mereka menjadikan warna yang sukar dilihat itu bertambah terang, namun kebanyakan majikan tidak membenarkan ia digunakan ketika ujian mata.

Terdapat sesetengah jenis perisian moden seperti Colorblind Vision, dicipta bagi membantu mereka yang buta warna ini yang terlibat dalam perniagaan dan pemasaran untuk melihat bahan lebih jelas dengan mensimulasikan pelbagai warna yang kurang.

Untuk membantu pengguna yang buta warna dalam dunia perniagaan, satu terminal data kewangan Bloomberg telah menggunakan simbol tambah (+) dan tolak (-) bagi menunjukkan keadaan pasaran atau harga sesuatu stok. Itu sebagaimana menurut jurucakap untuk Bloomberg LP. Selain itu, pengeluar permainan video turut prihatin dengan keadaan pemain yang buta warna ini. Permainan seperti PopCap's Peggle dan Zuma Blitz, kini direka dengan membolehkan pemainnya menukar ke mod buta warna (colorblind modes), dengan menukar kod warna kepada bentuk (shapes).



KLIK SINI untuk lebih lanjut.

No comments: