MY FOLLOWERS

Tuesday, December 25, 2012

Artikel - Gantikan Pengelap Cermin Bila Getahnya Haus

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner, Google Images

 

Assalamualaikum....

Pengelap cermin terdiri daripada bahagian besi pada pengikatnya dan getah yang bersentuhan dengan cermin hadapan. Apabila sampai masanya, mana-mana bahagian dalam kenderaan yang diperbuat daripada getah perlu diganti kerana ia akan rosak atau reput. Ini termasuklah getah pada pengelap cermin kenderaan. Anda tidak perlu ke bengkel untuk menggantikannya sebaliknya boleh dibuat sendiri di rumah. Apa yang anda perlukan ialah jenis dan saiz pengelap cermin yang sesuai dengan jenis kenderaan yang anda gunakan.




Pengelap cermin digunakan untuk Saga

 

Pengelap cermin untuk Kancil 660. Lihat bahagian latch (3) dan pivot block (4) 

Jika anda ke pasaraya, anda boleh lihat di bahagian belakang pakejnya (packaging) pengelap berkenaan yang mengesyorkan satu-satu jenis pengelap itu dengan jenama kenderaan dan saiz yang sesuai. Biasanya bagi kereta sedan yang standard, pengelap dengan saiz 15, 16 atau 17 inci boleh digunakan. Perlu diingat, biasanya kenderaan mempunyai dua pengelap, maka anda perlu beli dua batang pengelap dan kedua-duanya tidak semestinya sama saiz. Ikut kesesuaian pada kenderaan anda. 

Sedikit panduan untuk mengenali bahagian pengelap cermin



Boleh jadi pada bahagian hadapan pemandu, pengelap bersaiz 16 inci digunakan manakala yang di sebelah pemandu pula bersaiz 17 atau 18 inci. Jenis klip pada batang pengelap juga berbeza dengan jenama kenderaan. Jika anda menggunakan kereta jenis Saga Sedan lama, anda tidak boleh gunakan pengelap yang dibuat khas untuk kereta MyVi atau Kancil 660.

No comments: