MY FOLLOWERS

Thursday, November 3, 2011

Artikel - Dulu dan Kini: Pelakon Watak Batman dan The Joker

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games




Assalamualaikum........

Dalam setiap kisah adiwira, akan ada watak hero dan si penjahatnya. Begitulah juga kisah Batman, tiada musuh yang mampu membuatkan Batman bertambah susah selain The Joker. Kedua-dua watak ini sudah saling bersengketa selama 70 tahun semenjak kemunculan kali pertama watak The Joker dalam komiknya Batman #1 pada tahun 1940-an. Sebagaimana juga penampilannya dalam komik berubah secara dramatik dari semasa ke semasa, begitu jugalah keadaan dalam filem dan produknya yang lain. 

Jadi, yang manakah antara kombinasi Batman/Joker ini yang paling anda gemari? :-)



Di sini penulis ingin mengajak penonton mengenali para pelakon yang pernah terlibat dalam menjayakan dua watak utama ini.





Versi tahun 80-an yang klasik. Siri ini pernah disiarkan di RTM suatu masa dahulu menampilkan Adam West sebagai Batman dan Burt Ward sebagai Robin. Setiap kali berlawan, akan keluar tulisan Kapoww!, Ouchh!, Splatt! dan satu-satunya Batman yang keluar di siang hari :-D




Animasi Batman yang terawal.




Versi filem arahan Joel Schumacher. Pengarah yang sama turut membawakan Batman Returns yang menampilkan Michael Keaton, Michelle Pfeiffer sebagai Catwoman dan Danny DeVito sebagai The Penguin.




Menampilkan Mark Hamill sebagai pelakon suara yang pernah terkenal sebagai Luke Skywalker dalam filem Star Wars Episode IV, V dan VI. Selain filem animasi ini, Mark Hamill juga pernah tampil sebagai The Joker dalam siri Birds of Prey.



Versi filem arahan Christopher Nolan yang dianggap terbaik. Menampilkan pendekatan jalan cerita jenayah di sekitar bandar Gotham sebagaimana dalam komiknya tetapi lebih realistik dan Christian Bale dianggap lebih baik berbanding Val Kilmer dan George Clooney sebagai Batman, manakala Heath Ledger pula memenangi anugerah Oscar untuk watak The Joker. Filem kali ini juga lebih padat dengan aksi dan lebih psycho!




Sekali lagi menampilkan Kevin Conroy dan Mark Hamill sebagai pelakon suara watak utamanya, bukan untuk siri animasi tetapi bagi permainan video Batman: Arkham Asylum dan Batman: Arkham City.
 

KLIK SINI untuk artikel penuh.

1 comment:

LiFe KaMi said...

the dark night mmg the best batman la yg pernah kamu tgk..
tak sabar nak tgk sambungan citer batman ni..