MY FOLLOWERS

Friday, November 11, 2011

Artikel - Bukti Saintifik Semut Memang Boleh Bercakap

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Professor Robert Hickling telah menghabiskan masa bertahun-tahun memerhatikan serangga dan merekodkan getaran bunyi yang dihasilkan.

Pun begitu, perkara ini masih tidak dapat dibuktikan sehinggalah beliau merekodkan bunyi yang dihasilkan oleh semut. Matlamatnya adalah untuk mengkaji semut di ladang tanaman. Tiada cara lain untuk merekodkannya selain terus mengikuti bunyi yang dihasilkan oleh semut.

Walaubagaimanapun, apa yang mengejutkannya ialah frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh semut ketika berkomunikasi, antara seekor semut kepada seekor yang lain atau pun antara satu spesis dengan spesis yang lain. Terdapat 12,000 spesis semut di dunia dan bilangannya jauh lebih banyak berbanding seluruh manusia. Sebelum mengetahui akan hal ini, para pengkaji masih bingung mengenai bagaimana mereka mampu menjelaskan mengenai kepelbagaian bunyi ini.

Dalam al-Quran telah dijelaskan mengenai hal ini sebagaimana berikut:


"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari";

Rujukan

Sumber

Jadilah rajin seperti semut :-)

4 comments:

Fyqa said...

subhanallah..

:)

iPai said...

ciptaan Allah sangat hebat kan

Syazana Zainn said...

semut mmg rajin, tapi kadang2 bengang gak sebab baru je letak makanan kat meja kejap je puak2 semut ni dtg..hihi xP

Syazana Zainn said...

rajin betul usha semut :D