MY FOLLOWERS

Wednesday, November 2, 2011

Artikel - Banyak Entri Menarik di Blog Mereka

Kredit kepada: Bloggers
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Sejak dari awal penglibatan saya dalam penulisan blog, banyak blog menyiarkan paparan berbentuk ilmiah atau sekurang-kurangnya pengetahuan semasa yang menarik. Sekiranya ada yang mengatakan saya mempromosikan blog lain, itu terpulanglah pada pendapat masing-masing. Namun, jika ditanya pada saya mengenai blog manakah yang menyediakan paparan menarik, di bawah ini saya kongsikan antara pilihan saya dan setiap satunya mempunyai kandungan bermanfaat dan pendekatan tersendiri.

Pandangan Seorang Ustaz - Menyediakan artikel berkaitan nasihat, renungan, persoalan semasa dan penjelasannya dari sudut al-Quran dan hadis. Selain menulis blog, Ustaz Emran juga turut menulis buku.

Blog Aku Stress Giler - Banyak info semasa dalam skop global. Ditulis dengan bahasa yang santai. Selain artikel bergambar, video juga disediakan.

Hasrul Hassan - Dahulunya dikenali dengan Bangku Kosong. Selain info-info ilmiah, banyak tips dan panduan untuk penulis blog dan pembaca dalam kehidupan seharian dan juga di dunia penulisan blog. Terdapat juga segmen yang boleh disertai oleh penulis blog untuk mempromosikan diri.

Lulu Caldina - Banyak info semasa selain berita, dalam dan luar negara. Selain dalam Bahasa Melayu, terdapat juga yang disiarkan dalam Bahasa Inggeris. Turut menyediakan pertandingan (contest) dengan hadiah yang menarik.

Redzuan Ridz - Banyak artikel ilmiah daripada sumber-sumber yang boleh diyakini yang ditulis dalam bahasa yang tidak terlalu panjang, ringkas dan padat.

Tulahan - Menyajikan anda dengan kisah-kisah pengajaran, dalam dan luar negara selain info menarik bagi menambahkan pengetahuan pembaca.

Telordibasuh - Versi terdahulu juga punyai banyak info menarik dan masih mengekalkan momentumnya setelah blognya diambilalih oleh penulisnya yang baru. Juga menyajikan artikel bergambar dan video.

Dapur Tanpa Sempadan - Banyak resipi masakan yang menarik boleh anda cuba di sini. Pernah mendapat liputan dalam akhbar tempatan suatu masa dahulu.

Buat pengetahuan semua, meskipun saya mengikuti perkembangan blog-blog berkenaan dari semasa ke semasa, bukanlah bermakna saya sebagai pengikut di blog mereka.

4 comments:

yangbaik said...

saya tak ingat pula sejak bila dan mengapa saya follow blog ni, cuma sesekali singgah dan rasanya dah lama tak singgah... dah banyak perubahan atau memang saya yang tak perasan...

Razifredz said...

tq

aamalinaazman said...

dunia semua berbeza
mcm2 bole direka dlm blog kan :)

3no gr33ny said...

macam2 ragam manusia ni...