MY FOLLOWERS

Wednesday, July 13, 2011

Artikel - Pendakian Pergunungan Yosemite

Credits to: Yahoo News, National Geographic
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum...

Pendaki gunung yang ekstrim khususnya yang berpengalaman mendaki kawasan pergunungan bertahun-tahun tidak sekali-kali berasa takut sekiranya jatuh ataupun berasa gayat ketika mendaki. Bagi orang biasa seperti kita, bagaimana pula? Takut apabila melihat ke bawah setelah berada di satu kawasan tinggi? Sememangnya perasaan itu tidak dapat dielakkan walaupun sedikit :-)

Bagi pendaki ekstrim seperti Dean Potter, Cedar Wright, Alex Honnold dan Jimmy Chin, mereka melakukannya tanpa bantuan peralatan pendakian tanpa rasa gerun. Mereka hanya berbekalkan kapur untuk membantu menggenggam batuan gunung di Taman Negara Yosemite yang didaki.



Para pendaki mengatakan adalah lebih cepat malah lebih menyeronokkan menggunakan payung terjun untuk turun ke lembah berbanding berjalan kaki di sepanjang pergunungan.


Cedar Wright mendaki permukaan atas Gravity Ceiling, laluan di Higher Cathedral Rock.



Dean Potter memanjat permukaan laluan di Glacier Point tanpa menggunakan tali!


Walaubagaimanapun, ini tidaklah bermaksud mereka tidak menggunakan terus kemudahan yang ada. Mereka turut mendirikan khemah di permukaan gunung yang letaknya beribu kaki dari permukaan bumi sambil menghirup kopi dan bermain-main dengan iPhones, yang dicas mengugunakan kuasa solar. Katakanlah apa sahaja mengenai lagak ngeri kru pendakian Yosemite ini. Pada aras ketinggian ini, mereka masih mampu menerima isyarat telefon dengan jelas :-)

Berita lanjut di DI SINI dan DI SINI.

2 comments:

Cik Anita said...

salam.

MasyaAllah. berani sungguh orang luar ni mendakigunung yang bermcam-macam cabaran bahkan mampu mengancam nyawa. Kalau Nita memang tak sanggup lah.

Anonymous said...

tebaekkk la kat atas gunug bole mein main iPhone lagi..sib baik la iPhone die tak jatuh masa mendaki tuu..fuh fuh..gayat wooo..