MY FOLLOWERS

Monday, July 25, 2011

Artikel - Hikmah Di Sebalik Pengharaman Khinzir

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemudi kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging khinzir adalah makanan asas dalam hidangan mereka.

Dalam kesempatan ini, saya teringat kembali peristiwa yang berlaku ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya khinzir dalam Islam.

Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa khinzir itu haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, kuman-kuman dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana khinzir diternak menggunakan teknologi penternakan moden, dengan kebersihan yang terjamin, dan proses pensterilan yang mencukupi. Bagaimana mungkin khinzir itu dijangkiti cacing pita atau bakteria dan kuman lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak terus menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta seekor ayam betina, dan dua ekor khinzir jantan beserta seekor khinzir betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepaskan dua ekor ayam jantan bersama seekor ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua-dua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan pula dua ekor khinzir jantan bersama dengan seekor khinzir betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Khinzir jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga khinzir betina dari temannya.


Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging khinzir membunuh ghirah orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapa di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging khinzir itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.."

2 comments:

vampire's lovex said...

subhanallah...tersirat sungguh..patut lah tak boleh makan.. memang dari sifat nye ,pastu jadi darah daging...

fazRina said...

sesungguhnya sungguh ramai yg memperlekehkan hukum Allah..Allah maha mengetahui ke atas sesuatu hal yg di haramkan itu...