Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Satu planet kecil dinamakan Ceres yang mempunyai bulan ditemui di hujung sistem solar ini. Saintis juga mendapati terdapat lapisan ais di permukaannya, bermakna ia juga mempunyai lautan di planet itu.
Apabila kapal angkasa Dawn yang dihantar NASA menghampiri planet Ceres, yang berada dalam jalur antara Marikh dan Musytari, ia mendapati ada gumpalan wap air di permukaannya.
"Jika ada air, mungkinkah boleh ada kehidupan? Ia sangat menarik, mungkin menjadi sasaran eksobiologi yang berpotensi." kata saintis Timothy Titus kepada Scientific American.
Apabila prob dihantar tiba di Ceres pada musim bunga tahun 2015, tiada lagi gumpalan wap yang kelihatan. Mungkin juga tiada air langsung di planet itu. Kini saintis mendapati hanya ada bukti adanya ais di kerak Ceres. Mereka mengumumkan penemuan ini di Persidangan Lunar and Planetary Science.
Ais itu lebih baru daripada kerak berusia 8 juta tahun maka apa sahaja yang menghentam planet ini dan membentuk kerak itu tidak membawa ais bersamanya. Satu penjelasan yang ada ialah berlaku tanah runtuh yang mendedahkan permukaan ais di situ.
Penemuan ini menarik kerana ada kepingan ais menggambarkan Ceres mungkin ada lautan yang luas seperti Europa atau Enceladus. Jika ada air, mungkin juga ada hidupan. Saintis akan mengumpulkan lebih banyak data untuk menentukan sama ada Ceres ialah planet sejuk beku atau jika ada lautan di bawah aisnya.
Sumber dari hujung galaksi: SINI |
Sumber dari hujung galaksi: SINI |
No comments:
Post a Comment